nuffnang

Isnin, 21 April 2014

Perkembangan Aniq ~ 10 bulan..

Bila nak cerita pasal anak, terus jadi blurr.. Bukan sebab tak tau nak cerita apa, tapi sebab terlalu banyak cerita sampai tak tahu nak mula macam mana. Terutamanya anak yang macam Danial Aniq saya ni. Lasaknya bkan main. Hari2 ada saje benda2 baru yang dia buat. Tapi yang sedihnya, selalu tak sempat nak ambik gambar, dia dah lari buat kerja lain pulak.

Macam baru2 ni, baru siap mandi, dah pakai pampers, saya tinggal Aniq masuk kebilik sekejap. Bila keluar, tengok dia dah tak ada. Rupanya anak soleh saya ni dah kedapur, buka semua alamari kat dapur. Kalau setakat buka tu saya tak kisah, tapi ni di bongkar semua barang yang saya dah susun dalam tu. Habis dipunggah keluar. Masa ni saya sempat lagi la nak ambik gambar.

Ada sekali tu, my hubby balik tengah hari, waktu rehat masa tu. Aniq ni kalau nampak abah dia kat rumah, memang seronok lah. Nak bermanja dengan abah pula. Saya dengan hubby bersembang, dia duduk ditepi dengar je. Sambil2 cerita, saya buat bunyi, Aniq pun tiru. Bunyi dia buat hampir sama macam bunyi yang saya buat. Tergelak-gelak la saya dengan hubby tengok gelagat dia tu. Aniq pulak malu2, menyorok bawah kaki my hubby. Makin kita nak tengok dia, makin dia menunduk. malu sangat la tu agaknya..hehehe..

Sekarang, perkembangan paling terbaru dia, dah mula nak berjalan. Aniq dah boleh nak berjalan sendiri dalam 10  langkah macam tu, lepas tu jatuh. Memang belum pandai berjalan sepenuhnya, tapi kami tetap bangga sebab Aniq belum pun cukp umur 10 bulan. So, maybe dia akan pandai berjalan sepenuhnya masa umur 10 bulan!! Kalau betullah 10 bulan  dah boleh berjalan, maknanya Aniq sama la macam mummy dia. Saya dulu pun berjalan masa umur 10 bulan. Maybe sebab badan kecik, ringan. Jadi cepatlah berjalan tu.

Satu lagi hobby Aniq selain dari mengemas ialah buat bunyi motor & memanjat. Kalau buat bunyi tu sampai terkeluar semua air luir. Bukan sikit2 keluar, kadang sampai basah baju dia. Saya nak stopkan pun tak tahu macam mana. Last2, biarkan sja, asalkan dia okey. Yang bab memanjat pula, selagi dia tak sampai keatas target dia, selagi tu la nak cuba panjat. Selalu buat saya dengan hubby risau. Tapi kalau sekat2 sangat, takut dia rasa terkongkong, kang jadi lagi nakal. Jadi, saya biarkan dia bebas, tapi masih dalam pengawasan kami suami isteri.

Perkembangan anak2 sangat laju, kadang kita tak sempat nak enjoy kebolehan dia yang semalam, hari ni dah ada kebolehan lain pula. Bila tengok Aniq macam ni, Insya Allah nampak dia anak yang cerdik. Setiap kali pandang dia terutama waktu dia tidur, saya mendoakan semoga anak sulung saya ni, akan jadi manusia bertaqwa yang mampu menjaga keluarga dan masyarakat bila dah besar nanti...

p/s: Aniq pandai dah makin kerap hisap jari kaki, kata orang nak dapat adik..betul ke?? heheee

1 ulasan :

Eintan Nurfuzie berkata...

hheheheh.. kalau boleh kita nak cete semua kan..