nuffnang

Sabtu, 26 Julai 2014

2 hari sebelum raya..

Hari ni dah hari kedua terakhir puasa. Insya Allah, lusa kita semua akan sambut hari raya aidilfitri. Tahun ni dah masuk tahun ketiga saya beraya sebagai isteri & tahun kedua sebagai ibu kepada seorang cahaya mata. Seronok memang seronok. Tapi bukan semangat raya apa sangat, saya suka berkumpulnya keluarga, excited sebab tu je. Kalau ikut kan semangat raya saya biasa-biasa je. Dah terbiasa macam tu dari sebelum kahwin lagi. Sekarang dah ada anak, lagilah kurang semangat berkobar nak raya tu. Utamakan anak..

Tapi dalam tak semangat pun saya dapat jugalah beli sepasang baju raya. Itu pun puas kena paksa dengan hubby. Saya malas dah nak membeli tapi dia ni jenis suka saya bergaya. So, cari jugalah saya,dapatlah sepasang siap dengan tudung. Semua hubby yang pilih. Saya tukang try aje. Bila ok pada dia, saya ambik ajelah.

Sebenarnya semalam tu merayap pergi ke bandar segamat. Tujuan utama bukan nak cari barang untuk hari raya,tapi nak cari hand phone untuk my hubby. Tahun ni dapat bonus, dia teringin sangat nak ganti hand phone baru. Dah 5 tahun pakai yang sama je. Dah jemu. Kalau ikut kan kat Muadzam lagi murah, cuma hand phone jenis yang cik abam saya nak ni dah tak ada stock. Tu merantau sampai ke segamat tu. Akhirnya dapat juga apa yang dicari. Asus zenfone 5. Sangat terbaik, nanti saya cerita dalam entry lain ye..

So, dapat je hand phone tu, hubby dah tak mau dah cari apa-apa. Dia rasa dah tersangat happy. Masalahnya kami datang jauh-jauh nak cari pakaian dia juga. Alih2 tak nak pulak. Tadi dia pandai paksa saya beli baju,now turn saya pulak nak paksa dia cari. Tapi baju tak dapat, dapat seluar aje. Baju semua tak suka katanya. Haihh.. Payah nak cari baju untuk dia. Dah la saya memang tak reti nak cari baju lelaki. Lagilah payahnya. Kalau reti, tak payah tunggu dia setuju,saya ambik je.

Lepas beli handphone, kami singgah jap ke kedai Mr D.I.Y kat one segamat tu. My hubby nak cari drill tapi dah tak ada stock yang dia nak tu. Saya pusing-pusing kedai, dapatlah 4 pcs face mask. Tak tau ok ke tak. Harga agak murah juga. Cuma RM 3.50 sekeping.



Sangat lewat kitorang balik malam tadi. Dalam pukul 1 pagi macam tu. Letih yang tersangat. Saya agak mesti tak sedar punya sahur nanti. Rupanya memang betul. Saya sedar-sedar dah habis waktu. Allah.. Kesian hubby dengan adik2 saya tak bersahur.

Letih sangat. Dengan kesana kemari berkejar dengan anak soleh saya, Danial Aniq tu. Dengan pening nak pilih barang. Bersesak - sesak dengan orang. Benda paling bosan sekali. That's why saya tak suka beli barang last minute nak raya ni. Faham2 ajelah situasinya. Apa pun saya dah selamat, tinggal sikit aje barang lagi untuk rumah & family. Cari kat muadzam ajelah. Kalau tak ada, biarlah tak ada. Tak kuasa nak cari dah..

posted from Bloggeroid

1 ulasan :

Puan Kutu berkata...

tu la kan penat n terkejar2 persiapan last minute..akk pun sama.tp tak serik2 setiap tahun pun cmni.hehe

selamat hari raya maaf zahir batin ye