nuffnang

Memaparkan catatan dengan label a Famosa Resort. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label a Famosa Resort. Papar semua catatan

Rabu, 22 April 2015

peninglah..

Salam.. hi..

Hari jumaat pagi kitorang akan fly ke negara gajah putih aka thailand. Nak lagi tepat, nak pergi Bangkok. Saya belum lagi teruja rasa nak melancong ni. Sekarang lebih pada rasa malas nak mengemas. Punyalah malas sampai blog pun lambat update.. hehe.. apa punya alasan lah kan.. ampuunnnn...

Eh, tapi memang betullah. Sebenarnya malas campur pening. Apa nak bawa pergi sana. Takut dah bawa nanti rupanya tak guna pun. Yang nak guna tinggal pulak. Hurm.. letih weyh macam tu..

Esok petang dah nak gerak ke rumah abang izam kat nilai. Tapi barang baru sikit je saya kemas. Serius tak tau nak bawa apa. Hubby pun tak tau apa aktiviti Kat sana nanti. Punyalah pening fikir sampai jadi malas nak buat apa²..haha..teror tak saya? Gitu sekali alasan pemalasnya tu..wahaha..

Biasanya kalau balik kampung walau sehari, saya akan bawa beg bagasi besar. Segala benda sumbat dalam tu. Macam nak bercuti seminggu kat kampung. Ni nak pergi 3 hari, saya rasa saya kena bawa 3 beg bagasi besar baru saya puas hati..hehe.. seriously, blur sangat sekarang ni. Malam ni saya tak ke kedai burger , kononnya nak mengemas. Tapi tak buat apa sebab tak tau lah. Sape ada perangai pelik macam saya ni. Ke saya sorang je yang memang pelik? Hahaha..

Kebetulan pulak ni, Aniq tak berapa sihat. Selsema pulak dia. Saya agak dari masa kat resort ari tu punya kes. Asyik berendam aje. Kat villa main swimming pool , kat water world pun main air dari petang nak ke malam. Mana tak jadi selsema nya kan..  setakat ni saya tak bagi ubat pun Kat dia. Saya sebolehnya nak elak ubat dari bagi Aniq. Dulu dia demam & selesema pun saya tak bagi ubat. Alhamdulillah ok.. cuma ambil masa sikitlah. Tapi kalau esok masih tak ok, saya kena bagi ubatlah. Kang nak fly nanti payah bila anak demam.. tak pasal tak boleh pergi.. Doakan kesihatan untuk Aniq ye auntie sekalian. Doakan juga kami selamat pergi and selamat balik.. risau pulak rasa hati ni...

Selasa, 21 April 2015

aktiviti ahad..

Salam.. hi..

Today nak sambung cerita cuti² semalam yang tak habis..hehe.. dah tak ada apa nak diceritakan pun sebenarnya. Sebab masa hari sabtu,dah banyak activity buang tenaga . Jadinya ahad tu memang pakat tak larat lah semua.

Sepatutnya hari ahad, abang Abot ajak anak² semua pergi safari. Semua pun dah setuju tiba² abang Izam tak nak pulak. Keletihan sangat dah budak². Iyela,hari isnin nanti nak sekolah payah pulak. Dah la wife dia tengah pregnant . Lagi lah letih. So, cancel rancangan nak pergi safari. 

Dekat pukul 12 semua barang dah siap kemas, kitorang nak keluar dah. Lepas bincang² akhirnya buat keputusan balik aje la. Kebetulan flight Peter petang tu. Abang Abot kena hantar dia ke KLIA . Akhirnya tamatlah percutian keluarga Kali ni. Kesian adik ipar saya & wife dia yang Kat Scotland. Diorang tak dapat join. Dapat tengok gambar aje la kat wassap.  Tak pe,lagi setahun lebih lagi je. Habis study diorang balik boleh join juga kan.. :)

Tak nak balik punya pasal..hehe


Aniq & Sabrina. Rajin Sabrina layan Aniq.

Bila dah buat keputusan balik, semua berpecah ikut haluan masing². Kitorang balik menghala ke segamat. Senang rupanya nak ke resort ni dari Segamat. Jalan lurus aje. Perjalanan pun dekat. Dalam 1 jam setengah je. Masa kitorang pergi mula tu ikut bahau. Adoi.. teruk la jalan dia. Berlubang, bengkang bengkok jalan. Makan masa 2 jam lebih tu. 

Sampai segamat kitorang tak ada aktiviti apa pun. Saje berjalan-jalan ke One Segamat je. 

Kat one segamat..

Dah petang tu balik lah.  Kira tak ada aktiviti sangat dah masa ahad. Habis macam tu aje. Tapi ok la, walau sehari je, tapi masih seronok. Insya Allah jumaat ni, kitorang nak pergi Bangkok pulak. Flight hari jumaat balik hari isnin. Doakan perjalanan kitorang ye. Saya takut nak naik kapal terbang..hehe