nuffnang

Memaparkan catatan dengan label blacklist. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blacklist. Papar semua catatan

Khamis, 12 Februari 2015

settle dah..

hi.. semalam saya dah ke mahkamah untuk settlekan nama saya yang kena blacklist dulu tu. pagi- pagi lagi dah tercongok depan mahkamah sebab katanya nak mula pukul 8.30 pagi. kitorang gerak dari rumah lepas subuh. aniq yang tengah tidur tu, angkat je masuk kereta.. terus bertolak ke mahkamah majistret Pekan.

tapi sampai agak awal. pukul 8 dah sampai. rupanya pukul 9 baru mula. hihi.. apa lagi, makan la dulu. lapar dah rasa. tapi kedai kat sana masih tak beroperasi sepenuhnya lagi. tak banyak pilihan makanan yang ada. haih.. tak best. apa pun makan je, janji perut berisi kan? nanti kang dah mula baru la rasa lapar. lepas makan, ada lagi setengah jam. tunggu je kat sana. sementara tunggu tu, layan ajelah aniq berlari sana sini. teruja betul dia jumpa tiang bendera..hahaha.. dipeluk-peluknya tiang tu.. lepas   tu lari sana lari sini.






tepat pukul 9, barulah pendakwaraya tu panggil. berdebar giler kau, sebabnya saya tak bawa surat saman semula yang diorang bagi tu. aiseh.. manalah saya tau kena bawa. my umy tak bagi tau kat saya. huh.. mujurlah diorang ok je sebab dah memang ada nama saya kat dalam tu kan.  masa bicara bermula, diorang sebut kes-kes dadah dulu. takut tau masa tu. ada kes bunuh jugak. ngeri! yang sedih juga, boleh dikatakan banyak kes dadah ni melibatkan orang tua. dah masuk umur emas pun.. Allah, sedih sangat. ada seorang je muda, umur 22 tahun. masa sebut tu, saya yang menangis. terfikir, macam mana anak-anak dia, isteri dia. mengalir lah air mata saya tengok semua tu.. harap tak ada sape perasan la..uhuk uhuk..

akhirnya masa saya dah sampai. malu sangat masa tu, saya duduk belakang, bila kena panggil semua pandang saya. haih, macam lah saya ni dah buat kesalahan jenayah. sabar ajelah. bila dibacakan kesalahan, saya dengar tak dengar je, macam angin lalu. sebab ketakutan. mana tak nya, dalam mahkamah, orang bawa family, saya bawa diri. hubby jaga aniq kat luar. masa hakim sebut untuk saya buat rayuan, tak terkeluar kata-kata. bila bercakap pun , suara tak keluar. polis yang berdiri kat sebelah saya tu bisik kat saya supaya cakap lebih kuat. huhu.. menggigil masa tu. last dapat juga cakap, minta kurangkan denda. tapi cakpa sambil air mata mengalir.. SERIUS takut tau. memang hakim tu tak makan orang, tapi saya takut juga. bila dah settle, saya sapu air mata sambil keluar. malu sangat - sangat masa tu. semua pandang saya. walaupun dah keluar tu saya masih tak rasa lega, sekurang-kurangnya dah lepas dari masalah ni, kira ok la..

bukan mudah sebenarnya nak lupa perasaan tu. dalam mahkamah, saya dok ulang-ulang cakap dalam hati yang saya dah tak nak jejak lagi mahkamah untuk benda-benda macam ni. serik sangat. bukan serik pasal kena bayar. tapi saya tak suka, seolah saya yang buat kesalahan tu. sakit hati saya!


apa pun, semua dah settle. saya dah boleh mula study semula. agen kelas memandu pun dah call. tapi saya masih belum bagi tarikh lagi untuk exam. kebetulan minggu akan datang ni agak busy. lepas tu  cuti chinese new year, lepas tu ada urusan-urusan lain lagi. maybe bulan depan baru saya exam. sekarang nak relek dulu..hehe...

Ahad, 25 Januari 2015

blacklist..

Dah tak tau nak kata apa lagi. Marah tu dah puas marah. Hilang terus sabar. Bila dah marah, mulalah menyesal. Allahu Akbar!

Bukan lah saje nak marah ni.. tapi ni sebab benda yang kita dok usaha nak buat,tapi terhalang. Marah la jadinya. Kes ni bersangkut paut dengan hal nak ambil lesen kereta saya ni la. Apa nak buat,bukan rezeki lagi nak ambil.

Alkisah nya semalam kan dah excited study nak ambil lesen. Puas dah study tau nak ambil lesen,alih² baru dapat tau saya TAK BOLEH masuk kelas sebab nama saya blacklist. Eh?? Apasal pulak? Masa bila blacklist? Sebab apa blacklist? Adoi.. marah giler saya. Menangis sampai bengkak mata.
 Sakit hati sangat. Mujur saya dapat tahu sebelum saya ke segamat. Kalau tak, ntah la..

Puas saya fikir,kenapa kena blacklist. saya tak bawa kenderaan sebab saya tak ada lesen. Saya pun trauma nak bawa. Jadi apa masalah saya? Puas fikir, rupanya kes kereta waja yang pernah seseorang beli guna nama saya. Hamba Allah ni adalah family saya. Bukan nak cerita buruk ke apa. Just untuk peringatan di kemudian hari. Untuk berhati-hati supaya tak berulang. Juga peringatan untuk orang lain, kalau ada beli kereta pakai nama kita, tapi orang lain guna,sila rajin² cek saman. Kalau tak,nanti tak pasal² kena blacklist macam saya. Nak renew lesen pun tak boleh.

Dulu kereta waja tu pernah kena sita pasal tak ada roadtax. Saya tak tau menahu pasal roadtax,tapi nama masih nama saya. So, saya uruskan pelepasan kereta Kat JPJ sampai dapat keluar. Lepas pada tu,saya dah tak ambil tau. Rupanya,hamba Allah ni tak bayar saman yang atas nama saya tu(kereta). Sampai sekarang dah kena blacklist, dah kena naik mahkamah! Saya tak tau pun selama ni! Dah bertahun tau kes nya tu.

Mujur hubby faham keadaan saya. Dia la dok bagi semangat supaya sabar. Sebab benda dah jadi. Nak marah berapi-api sangat pun,dia dah jadi pun. Hubby call dari tempat kerja, pesan jangan nangis.. :'(
nak buat macam mana, hati dah Sakit. Nangis aje la..

So, sekarang, exam saya dah kena tunda sampai kes ni selesai. Saya akan urus secepat mungkin.. Hubby kata dia akan bayar denda mahkamah tu nanti..huhu.. kesian dia.. ni pengajaran untuk saya, juga untuk korang. Kalau rajin sangat bagi orang pinjam nama ke pinjam kereta ke,apa² lah , rajin² lah cek saman ke apa. Kalau sangkut awal² mudah nak settle. Kalau kena macam saya ni? Nak kata apa? Sabar aje lah.

P/s: "Hamba Allah" ni memang family dekat saya.. so,please komen baik² ye..  saya tulis bukan nak burukkan dia.. harap kawan² semua faham.. :) ty friends.. love u all..

- nanti insya Allah saya akan update pasal saya clear kan nama ni.(kalau ingat) Mana tau ada yang terkena, and nak tau procedure. Sebab saya call jpj segamat minta tolong dia jawab endah tak.endah je.. kecil hati saya.. :(