nuffnang

Khamis, 12 Februari 2015

settle dah..

hi.. semalam saya dah ke mahkamah untuk settlekan nama saya yang kena blacklist dulu tu. pagi- pagi lagi dah tercongok depan mahkamah sebab katanya nak mula pukul 8.30 pagi. kitorang gerak dari rumah lepas subuh. aniq yang tengah tidur tu, angkat je masuk kereta.. terus bertolak ke mahkamah majistret Pekan.

tapi sampai agak awal. pukul 8 dah sampai. rupanya pukul 9 baru mula. hihi.. apa lagi, makan la dulu. lapar dah rasa. tapi kedai kat sana masih tak beroperasi sepenuhnya lagi. tak banyak pilihan makanan yang ada. haih.. tak best. apa pun makan je, janji perut berisi kan? nanti kang dah mula baru la rasa lapar. lepas makan, ada lagi setengah jam. tunggu je kat sana. sementara tunggu tu, layan ajelah aniq berlari sana sini. teruja betul dia jumpa tiang bendera..hahaha.. dipeluk-peluknya tiang tu.. lepas   tu lari sana lari sini.






tepat pukul 9, barulah pendakwaraya tu panggil. berdebar giler kau, sebabnya saya tak bawa surat saman semula yang diorang bagi tu. aiseh.. manalah saya tau kena bawa. my umy tak bagi tau kat saya. huh.. mujurlah diorang ok je sebab dah memang ada nama saya kat dalam tu kan.  masa bicara bermula, diorang sebut kes-kes dadah dulu. takut tau masa tu. ada kes bunuh jugak. ngeri! yang sedih juga, boleh dikatakan banyak kes dadah ni melibatkan orang tua. dah masuk umur emas pun.. Allah, sedih sangat. ada seorang je muda, umur 22 tahun. masa sebut tu, saya yang menangis. terfikir, macam mana anak-anak dia, isteri dia. mengalir lah air mata saya tengok semua tu.. harap tak ada sape perasan la..uhuk uhuk..

akhirnya masa saya dah sampai. malu sangat masa tu, saya duduk belakang, bila kena panggil semua pandang saya. haih, macam lah saya ni dah buat kesalahan jenayah. sabar ajelah. bila dibacakan kesalahan, saya dengar tak dengar je, macam angin lalu. sebab ketakutan. mana tak nya, dalam mahkamah, orang bawa family, saya bawa diri. hubby jaga aniq kat luar. masa hakim sebut untuk saya buat rayuan, tak terkeluar kata-kata. bila bercakap pun , suara tak keluar. polis yang berdiri kat sebelah saya tu bisik kat saya supaya cakap lebih kuat. huhu.. menggigil masa tu. last dapat juga cakap, minta kurangkan denda. tapi cakpa sambil air mata mengalir.. SERIUS takut tau. memang hakim tu tak makan orang, tapi saya takut juga. bila dah settle, saya sapu air mata sambil keluar. malu sangat - sangat masa tu. semua pandang saya. walaupun dah keluar tu saya masih tak rasa lega, sekurang-kurangnya dah lepas dari masalah ni, kira ok la..

bukan mudah sebenarnya nak lupa perasaan tu. dalam mahkamah, saya dok ulang-ulang cakap dalam hati yang saya dah tak nak jejak lagi mahkamah untuk benda-benda macam ni. serik sangat. bukan serik pasal kena bayar. tapi saya tak suka, seolah saya yang buat kesalahan tu. sakit hati saya!


apa pun, semua dah settle. saya dah boleh mula study semula. agen kelas memandu pun dah call. tapi saya masih belum bagi tarikh lagi untuk exam. kebetulan minggu akan datang ni agak busy. lepas tu  cuti chinese new year, lepas tu ada urusan-urusan lain lagi. maybe bulan depan baru saya exam. sekarang nak relek dulu..hehe...

6 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum dik sya..apa khabar..sihat hendaknya...adik yang eksiden tu apa petkembangannya..arap dah kurang bengkak dimuka tu...

alhamdulilah..settle masalah...mau tak kelu lidah..makamah kot..kalau akak pun kelu...

aniq anak soleh kenapa peluk tiang tu :-))

Puan Kutu berkata...

Alhamdulillah semua dah settle..dpt bayangkan situasi kt dalam mahkamah tu..apa pun pengalaman sebenarnya.lepas ni kena lebih hati2..

Selamat rajin2 study..

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum awak.. ni pasal apa ye? cuak sheila baca.. awak pula teremosi dalam mahkamah tu..

Pha Is berkata...

alhamdulillah.. bagus la..

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah.lega kan
sapa tak takut bnda yg kita x pernah buat kan..
nak nak kes yg melibatkan mahkamah

alahai aniq..
suka dia peluk tiang tu ye

Azizah Green Line berkata...

alhamdulillah settle juga akhirnya..bab2 naik mahkamah ni seriau betul.