nuffnang

Isnin, 16 Februari 2015

Aniq si anak soleh yang semakin kaya-raya..

my hubby memang busy. kerja dia mengalahkan boss. pergi kerja pagi, balik kerja malam. kerja site dia buat, kerja office pun dia yang buat. saya kata pada hubby, mintalah gaji lebih pada boss sebab abang ni dah macam ganti bos kat office. semua abang handle. kata hubby, tak apalah, kita tolong orang. nanti adalah rezeki kita. bila hubby cakap macam ni, apa nak kata? terimalah kan.. ada betul kata hubby saya tu. tapi kesian sangat kat dia. selalu kurang masa untuk diri sendiri. dah balik pun, masih pekerja call tanya itu ini. cuti pun, berpuluh kali orang call. dh tak macam cuti..

bila tengok macam tu, saya kesiankan 2 orang ni, my hubby & aniq. mereka sangat kurang masa bersama-sama. aniq perlukan abah dia walau macam mana pun, betul tak. jadi, saya selalu bawa aniq datang site bila dah petang, lepas pukul 5 atau masa hari ahad. sebab waktu ni hubby dah duduk kat office. seronok lah aniq, dapat main dengan abah dia, dapat lari sana - sini. dapat keluar rumah! happy sangat-sangat. yang paling happy bila time abah dia bayar gaji pekerja. time ni, 10x happy la.. sebabnya??

Tengah try panjat macam Spider-Man Kat office abah.


sebabnya, bila diorang nampak aniq, diorang ni rajin bagi duit. haha.. semalam bawa aniq, kebetulan hubby bayar gaji, dapatlah rm200. itu pun datang dah last-last. kalau lebih awal, saya tak tahulah berapa banyak dia dapat.


Aniq malu² :)


Itulah untungnya bila berbuat baik dengan orang kata my hubby. memang tak dinafikan, walaupun boss pada pekerja, my hubby ni sangat baik dengan pekerja dia, tak kiralah indon, bangla, myanmar. tapi pekerja sangat hormat dia. saya yang selalu melepak kat office memang kagum lah, bukan je sebab dia husband saya, tapi juga sebab tengok cara dia. sabar dia tu, kalau boss lain,memang tak layan pekerja ni. lantak korang lah kan.. saya pun mungkin akan macam tu juga.. mentang-mentanglah boss..

aniq ni kalau dikirakan, dah beribu dia dapat dari pekerja-pekerja tu. memang rajin bagi duit diorang ni. rajin juga bagi jajan kat aniq. haa..part ni saya kurang suka.. seorang bagi 1 plastik besar yang ada banyak-banyak jajan tu. kalau 3,4 orang? penuh kereta. saya bagi jiran ajelah. aniq makan sikit-sikit sudah. alhamdulillah, murah rezeki aniq, berkat abah dia yang murah hati tolong orang. saya belajar banyak dari my hubby pasal ni. sebab saya ni jenis berkira. itulah selalu saya kata kat adik-adik, tak hensem tak apa, yang penting hati tu yang kita nak pandang.

betul kan??

Pstt : tapi hubby saya hensem tau
.Hahaha.. gelap sebab berpanas je.. ;)

7 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

wah aniq bagilah sikit jajan tu kat cik yan...:-))
pandai mak dia datang time gaji pekerja...huhuhu..gurau jer dik sya...

Rai OurKizuna berkata...

wahhh.. memang murah rezeki aniq.. pasni kena rajin2 melawat abah time gaji pekerja.. hahaha

Puan Kutu berkata...

Untung syaz dpt suami berhati Julia.tak rugi pun berbuat baik..terutama dengan pekerja kita..org yg memudahkan kerja kita.Allah balas budi baik suami melalui aniq. Alhamdulillah syukur!

Azizah Green Line berkata...

anak ni pmbawa rezei juga...murah rezeki aniq..menabung tau sayang

Maria Firdz berkata...

alhamdulillah.. rezeki..

Aisy Nasiha berkata...

Alhamdulillah murah rezeki aniq ...moga aniq esok nanti mewarisi sikap baik abahnya ya.. memang kaya la aniq ni.. meh sikit kongsi? Haha

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah
murah rezeki aniq
smga aniq juga mewarisi sifat abahnya