nuffnang

Sabtu, 14 Februari 2015

Bila Suami suka shopping

Salam.. hi korang..Biasanya,orang lelaki ni payah kita dengar yang kaki shopping kan? Kalau wife ajak temankan shopping barang dapur pun ada juga yang malas nak ikut. Tahu dah, mesti lama punya..hehe.. tapi macam mana pulak dengan lelaki yang suka shopping macam my hubby? Diorang shopping apa eh?hehe

Ala, sebenarnya my hubby bukanlah Kaki shopping sangat pun. Tapi kalau ada yang dia cari,memang bosan lah menunggu..hehe.. saya bukan lah manusia yang sabar menunggu.. so, suka suruh dia cepat².. macam baru² ni, my hubby shopping anak pokok Kat nursery.. adoyai, malas nya nak join.. tak minat la.. dia dok jalan sana jalan sini tengok pokok, beli tanah ,baja.. saya? Saya tukang ikut je hubby kemana-mana. Buat hilang bosan,saya tengok² jugalah pokok² yg ada.

Satu lagi hobi dia ialah shopping baju, tudung & barang² untuk  saya. Kalau ada duit, pantang nampak kedai pakaian. Mesti Tanya,ayang nak beli baju? Saya jawab, baju ayang dah banyak,beli baju abang pulak. Ha.. part ni dia elak. Punyalah payah nak suruh beli baju dia sendiri. Apa lah... Dalam saya tak nak baju,tak nak tudung dia belikan juga.. nah... 4 helai tudung baru..



Ini semua bukan pilihan saya. Saya malas nak beli..  Semua hubby yang pilih. Tapi sampai rumah, saya try juga semua.. ya Allah,memang sesuai dengan saya.. huhu.. terharu tau! Berbanyak terima kasih untuk my hubby. Pandai pilih untuk I..

Tapi satu masalah yang pening nak fikir. Tak tau lah cara nak settle macam mana nak ajak dia beli baju & barang² dia pulak? Tolonglah korang bagi idea. Puas dah pujuk, jawapan paling popular, nantilah dulu. Penat dah dengar jawapan ni..haih~

Malam nanti nak pi jalan,nak paksa beli pakaian baru..

9 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

Wah..bahagianya kalau suka suka shopping utk isteri macam ni.. bolehla mintak macam.. jeles ni..

iryanty ahamad berkata...

sukalah tu....:-)) .. anak soleh pun nak baju baru juga...
beri je kejutan pada encik suami..macam dia buat kat dik sya.. :-))

ejulz berkata...

untung la.. x payah keluar shopping.. hehe

ejulz berkata...

Jemput singgah "Pemergian Tok Guru Nik Aziz diberi penghormatan di seluruh dunia"

"Ketawa bersama, menangis bersama.."


Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

ros_reeza berkata...

Bestnya... Yeay dapat tudung baru

QasehnyaRania berkata...

best la..
pandai suami syaz lilih kan buat isterinya..
syaz buat surprise la
tak pom masa nk mbei bodek la, ayang dh ada baju warna ni, abg blm ada.. apa kata abg beli juga warna ni, boleh sedondon setema sekeluarga.. haaa gituu ;)

Puan Kutu berkata...

Tak sangka ada jugak orang yg nak elak bila suami nak beli kan baju tudung semua.klu akk besaq rahmat org belikan..tp tulah klu yg jenis taste OK,takpe..klu beli kita tak berkenan parah jugak.haha

Apa pun mmg untung dpt suami yg suka belikan utk isteri!terasa diriku begitu berharga!hehe

Azizah Green Line berkata...

mmg pilihan suami cantik kan..cantik dimata dia cantiklah dimata kita..

Maria Firdz berkata...

alhamdulillah... syukur...