nuffnang

Memaparkan catatan dengan label yuran taska. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label yuran taska. Papar semua catatan

Ahad, 15 Februari 2015

mahalnya yuran taska...

Saya & hubby dah bincang. Kami nak hantar Aniq ke taska dalam beberapa hari sebulan supaya dia dapat berkawan. Dan saya pun dapat free Kat rumah,buat kerja sendiri dengan senang & tenang. Kebetulan sebelah rumah saya ni ada taska. Mudah la kan kalau bila² rasa nak tengok anak. So, saya pun start survey harga untuk stay ikut hari.

saya tanya berapa harga untuk sehari.. katanya rm30.. wow!! rm30.. mahalnya!! saya terkejut beruk oo... adeh, saya tak pastilah tu harga sekarang ke apa. yang saya tahu, lebih kurang 4 tahun lepas baru je rm15 untuk sehari kat tempat saya kerja dulu.  sekarang dah rm30.. huhu.. mahalnya rasa.. macam mana harga kat tempat korang ye.. memang macam ni ke harganya..?? Berapa pula yuran untuk sebulan?

lepas tu saya survey tempat lain. kebetulan anak saudara saya kerja situ. (saya baru tahu dia kerja situ) tapi dia baru masuk 2 minggu, so dia tak tahu berapa bayaran untuk 1 hari. tapi yang best kat tempat dia tu, setiap hari rabu diorang pergi swimming pool. saya dah teruja lah.. kalau ada aktiviti lain, mahal sikit tu saya ok je la..  macam taska sebelah rumah ni, tak ada aktiviti..

tapi hubby kurang setuju. katanya, risau tinggalkan anak jauh-jauh. sebenarnya tak jauh pun. dekat dengan tempat kerja hubby.  tapi banding dengan sebelah rumah, dah tentulah taska tu agak jauh. dia risau anak dia kena buli ke apa. saya sekrang buntulah, nak timbang macam mana. my hubby ni memang. bab anak, dia tak boleh nak lepas. risau dia tu, saya pun takut..hehe.. bukan apa, balik rumah, dia tak nampak aniq, merata dia cari. dalam tandas, bilik air. padahal aniq dalam bilik pak cik dia. so, saya faham la kenapa dia tak bagi letak anak jauh-jauh. my hubby belum ready nak lepas anak kesayangan dia ni. tapi sampai bila kan?

bila fikir, memang masih awal sangat pada aniq untuk ditinggalkan macam tu. (sebab saya tak kerja). lainlah kalau saya berkerja. tapi saya nak pendedahan awal pada dia. apa pun kena pertimbangkan kerisauan hubby saya ni. and kerisauan saya pasal poket hubby juga walau hubby saya tak  kisah.

jadi? nak hantar ke tak? kena fikir semula. tapi survey tetap  survey.  nak tahu juga rate yuran taska kat tempat lain.. sekurang-kurangnya, nanti tak adalah saya terkejut tahap cipan lagi dah nak hantar anak..

share..share dengan saya ye.. ty all :)