nuffnang

Rabu, 18 Jun 2014

Majlis Istana Terbuka

Tahniah sultan pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang pemerintahan baginda dah masuk tahun yang ke 40!!  Fuyoo..Lama betul kan.. Saya ingat baru dalam 20 tahun macam tu je.. So, sempena tahun yang ke 40 ni, sultan pahang amat berbesar hati untuk buat Majlis Istana Terbuka. Memang betul2 terbuka pada semua rakyat. Selama 3 hari berturut-turut. 



Saya ni bukanlah excited apa pun, tapi excited sebab tengok menu-menu untuk makan2 tu nanti.. Adoyaii.Sedapnya.. Salah satu yang menarik perhatiaan saya ialah, lemang periuk kera/ ketupat periuk kera.. *ada orang panggil lemang, ada panggil ketupat* Ketupat ni saya tak pasti lah orang biasa dengar ke tak. Makanan ni tak popular sangat sebab nak buat tu agak susah. Kalau tak kena cara yang betul, boleh jadi keracunan.





Menu2 lain pulak, ada udang galah dari rompin.. Fuh.. kecur air liur bila dengar udang galah. Saya yang orang rompin ni pun lama dah tak makan udang galah.. mahai kot.. tak mampu cek nak beli..  Dulu ada kawan hubby dari U.S tanya saya pandai masak udang galah tak.. Haha, mana pandai, yang pandai makan aje..hehe.. Kawan ni, kalau datang Malaysia, wajib cari udang galah.. Err..kat luar negara tak ada udang galah ke ek?? Lupa nak tanya dia.. hehe..

Masa majlis tu nanti banyaklah menu2 mengikut daerah masing2.. Seronoklah siapa yang datang tu nanti, datang perut kosong, balik perut penuh.. Jangan tamak sudahlah.. Kesian kat orang lain sama.. Insya Allah, kalau ada masa lapang, saya pun nak juga pergi.. teringin nak masuk istana pahang.. Setakat ni tak pernah pergi lagi.. Yang saya pernah masuk, istana bonda sultan mizan je, masa tu saya duduk di terngganu. Dan 2 kali bermalam di istana bonda Tiri Sultan Mizan..  Memang kenangan yang sangat2 best, bangga woo..Bukan sebarangan orang dapat bermalam di istana.. kebetulan kawan saya tu, mak dia anak angkat ayahanda sultan mizan.. Dapatlah merasa masuk istana..

Tiada ulasan :