nuffnang

Memaparkan catatan dengan label vco liquid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vco liquid. Papar semua catatan

Selasa, 22 Julai 2014

Vco liquid dah tak ada..!!

Alahai.. Baru je ada semangat nak raya.. Jadi nak kena restock la barang-barang catalyst terutamanya vco. Saya nak order untuk diri sendiri & untuk customer. Tengah semangat ni bagi tahu nak itu ini, stokis cakap vco liquid dah habis.. Oh! My.. DAH HABIS?? Aduhai..



Saya ni memang fanatik dengan vco.. Jangan tak tahulah, kalau dah start cerita tentang vco saya mesti nak cerita semua. Inilah dia penangan vco yang satu masa dulu bila Umy saya suruh makan , saya buat don't know jek.. Vco ni bila saya dah rasa keserasian tu, memang saya tau vco memang boleh jadi best friend ibu-ibu semua. Sebab vco ni semua dalam satu.. Ubat luka, ubat demam, ubat batuk, ubat alergik, ubat kulit,pelembab kulit, supplement, pengganti jajan ( saya cakap pengganti jajan sebab saya bagi Aniq makan macam makan gula-gula.. Serious doktor pun sokong. So dah xpayah nak bagi anak jajan untuk pujuk..) Dan macam-macam lagilah.. Nak tulis semua pun tak tahu siapa yang nak baca pun..haha


Bila dah dekat raya ni, semua nak kena siap. Dah tu wajiblah saya restock satu vco liquid untuk saat-saat kecemasan yang kita tak tahu nanti. Manalah tau kot tengah main- main anak jatuh lepas tu luka. Bila ada vco dah tak risau sangat. Sapu je, Insya Allah cepat berhenti luka. Ini betul-betul pengalaman saya. Lagi-lagi kalau luka dalam mulut ke apa kan.. Tak kan nak sapu mulut anak dengan minyak gamat.. Haa, sapu je vco. Kan boleh guna untuk luaran & dalaman. Siap boleh makan lagi.

Kalau macam saya ni pulak jenis yang tak pakai apa-apa produk penjagaan kulit. Serious banyak yang tak ok dengan saya. Jenis kulit kombinasi, tapi bila beli tak ada yang serasi. So, kekadang kulit rasa kering, tegang yang memang tak selesa langsung.. Ambik dua tiga titik vco tu, sapu je kat mana-mana yang nak.. Kat muka ke tangan ke. Semua boleh.. Lepas tu legalah.

Macam-macam kegunaan vco ni. Khasiat hebat yang Allah bagi pada kita dalam sebiji kelapa. Betullah kata orang tua-tua, kelapa ni pokok serbaguna. Tapi tak sangka yang khasiat yang sangat hebat tu ada dalam minyak dia. Siap ada sekarang doktor tu yang femes la, tapi saya lupa namanya. (Nanti saya cari,saya update nama dia). Dia cakap yang vco ni layak diangkat sebagai super food of the year.. Hebat tak hebat minyak kelapa Dara ni..

Pada yang berminat nak tahu tentang makanan hebat, makanan tambahan yang merangkumi segala bagi seisi keluarga dan murah ni boleh contact saya.. Whatsapp je saya kat nombor ni 013-985 5875 bila-bila masa.. Insya Allah saya sentiasa on..

posted from Bloggeroid

Rabu, 19 Februari 2014

Nyamuk oh nyamuk...geramnya..

Malam tadi payahnya nak tidur. Sudahlah memang susah nak lelap. Datang pulak si nyamuk nak hisap darah. Makin payah lah nak tidur. Bertambah geramnya bila Aniq yang tengah tidur lena tu pun terjaga sebab banyak sangat nyamuk gigit.

Selalunya kat rumah ni memang tak ada simpan ubat nyamuk. Sebabnya memang jarang sangat ada nyamuk. Ni dah pukul 2 pagi mana ada kedai buka nak beli ubat nyamuk. Selubung aje badan dengan selimut. Tapi Aniq tak suka berselimut. Dah tu nak buat macam mana kan. kesian kat dia..

Last2 saya teringat ada sebotol vco liquid atas meja solek. Apa lagi, saya sapu la banyak2 kat tangan and kaki. Haa..lepas tu lega lah.. Nyamuk tak datang dah. Dia tak suka minyak kot..hehe.. Dulu2 saya sapu minyak gamat, tapi dah tak ada, vco pun boleh..  ♡♡



Dapatlah tidur lena sampai ke pagi. kalau tak tak tahu lah sampai pukul berapa nak tepis2 nyamuk. saya terfikir nak pakai kelambu, tapi hubby tak mo pulak.. Ngape tah tak mo..