nuffnang

Ahad, 2 November 2014

Negatif.. Masih belum direzekikan..



Negatif..  Nak kata apa ya? Happy? Suka? Sedih? Ehh.. Tak tau nak kata apa. Dalam hati ni ada dua rasa. Kecewa ada, syukur pun ada. Kecewa tu sebab macam dah excited buat test lepas tu tak ada. Syukur sebab rasanya faham Allah nak tunda supaya dapat yang lebih baik lepas ni.

Masa saya buat test ni, hubby tak tau pun. And sebenarnya sampai sekarang pun dia masih tak tau.. Hehe. Saje2 tak nak bagi tau. Kang dia tau saya excited. Padahal saya sokmo cakap tunggu dulu, nantilah dulu. Bukan sekarang. Hee

Kalau ikutkan bukanlah lambat pun datang cik p ni. Kalau  dulu  setiap hari yang ke 21 atau 23 dah bersih mesti cik 'p'  dah muncul. La ni, dia datang lewat dari kiraan tu. Tak salah saya lepas 30 hari bersih baru dia muncul balik. Tapi saja gatal nak try.. Manalah tau senyap2 dia ada. Dapat tau awal Best!!

Jadi, sekarang ni tak dikira lewat pun. Masih biasa. Cuma sebelum ni saya merancang. Sekarang dah tak. Biarkan je jadi semula jadi. So, dalam debaran la ni ada ke tak ada. Saya dengan hubby dah ready nak tunggu orang baru. Tapi jauh sudut hati saya, masih sayang nak bagi Aniq berkongsi kasih dengan adik dia nanti. (ke sebenarnya saya yang sudah hati kalau Aniq dah tak nak main dengan saya? Uwaa.. Sebaknya rasa)

Bila dah dapat result saya duduk dalam bathroom lama sangat. Berfikir, apa perasaan saya sebenar. Saya suka atau tak?  Tapi tak lah rasa kecewa sangat. Kecewa dengan diri sendiri je. Tak bersungguh pun usaha, anak pun tak elok mana pun jaga. Dah tu nak harap yang lain. Allah nak suruh tunggu dulu, baiki diri dulu. Jaga Aniq elok2 lagi  baru nak yang lain. Tak boleh tamak. Iye, kan?


P/s: tiap kali rasa nak tambah anak, mesti pandang muka Aniq. Walaupun Aniq tak faham, tapi mummy tetap nak pinjam bahu Aniq utk nangis. Rasa kesian kat Aniq.. (Celaru..!!)

2 ulasan :

QasehnyaRania berkata...

sabar ye.. Allah akan bg yg terbaik nanti.
nak share pengalaman member dlu.
perasaan dia kan selalu bila buat upt mesti menjerit lpas tu.hahaa.menjerit geram kot sebab terbabas.rancang sendiri.

ziezah.com berkata...

kalau jijah perasaan 2 in 1.. xtau nak gambarkan macam mana..hehee