nuffnang

Selasa, 2 Disember 2014

Semakin cerdik!

Aniq dah makin pandai.. Macam yang dia pandai termasuklah bab handphone. Anak² sekarang canggih betul kan?  Betullah kata ibu Rose, benda ni walau tak ajar, dia akan turun secara genetik walaupun sikit. Itulah, sikit² lama² pandai semua. Mengalahkan mummy dia lagi..

Handphone ni kalau kita tinggal nak cas pun tak boleh letak kat tempat yang dia boleh capai. Kalau dah sampai kat tangan Aniq, memang habislah.. See, dia dah tukar wallpaper handphone saya.

Letak gambar taylor swift lagi tu..  Hehe


Ni bukan dari gambar tau..  Ni sebenarnya dari video.  Ntah macam mana dia buat boleh jadi wallpaper..  Hebat anak mummy..  Haha..

Nak kena tukar balik wallpaper ni. Seram pulak tengok muka taylor tu.  Baik letak gambar kitorang selfie kan? Lagi cun.. Haha.. Jangan muntah ye korang!

Isnin, 1 Disember 2014

Kemaskini BR1M

Siapa ada mohon untuk BR1M? hari tu kan dah keluar yang kena update sebelum 31 Disember kan..  Ramai yang cepat² nak update. Tapi masalahnya sebelum 1 Disember, kita tak boleh nak update pun. Ramai yang marah² pasal tak boleh nak kemaskini borang BR1M.. Tu pasal tak baca betul ² lah..

Ok, sekarang dah 1 Disember, dah boleh dah nak update.. Cepatlah update sementara ada masa lagi. Jangan lengah ². Sebab yang kali ni memang sekejap aje masa dia bagi untuk kemaskini.. Kalau terlepas rasanya tak dapat dah. Tak tahulah kalau boleh buat rayuan.


Credit to e-br1m

Bagi yang nak update tu boleh klik Sini.. BR1M kali ni untuk 2015 ni pembayaran dia pun dah lain. Pembayaran BR1M kali ni ada 3 kali. Ada diorang bagi tahu bulan berapa nak buat pembayaran, cuma saya dah lupa.. Jangan lupa semak betul² alamat, nombor telefon. Dan isi sekali maklumat waris untuk khairat kematian.. Lagi satu, rasanya agak susah nak update menggunakan handphone. Jadi, nasihat saya, guna lah pc ye.. Saya dah try dah guna handphone, tapi tak keluar apa pun. Tapi kalau yang guna handphone canggih tu bolehlah cuba. Mana tau handphone cap ayam macam saya ni je yang tak boleh... Hehehe

Ok lah..  Ohh.. Sebelum terlupa, hari ini birthday cousin saya.  Apis namanya.  Kitorang sebaya. Tapi dia ni lahir kemudian, so, dia adik.. Hahaha.. Wish sikit untuk mamat ni.. Semoga diberkati &  dipermudah rezeki, keberkatan ilmu, umur.  Di beri jodoh yang baik juga.. Insya Allah.. Amiinn...


Happy birthday Apis! 

cubaan untuk tangkap gambar

Biasanya waktu tengah hari my hubby akan balik rumah untuk rehat. sebab rumah dekat dengan tempat kerjakan, boleh nak rehat badan sekejap. sambil tu boleh nak makan -makan tengah hari kat rumah. bila hubby kat rumah, saya pun kenalah buat air & hidangkan makanan

masa saya ke dapur, anak soleh saya si aniq ni pun cepat -cepat capai handphone saya. kebetulan masa tu memang saya tak kunci screen. dapat kat dia apa lagi, swap habislah mana yang dia nak tengok. ntah betul-betul pandai ke main swap aje pun saya tak tahu. hubby saya yang baring sebelah aniq ni biarkan ajelah dia nak buat apa pun. janji jangan dia hempas handphone tu sudah.

lepas je settle kerja saya kat dapur, say ambil semula handphone.. ya Allah.. dia dah tangkap gambar punyalah banyak. ntah apa -apa je gambar yang aniq dah snap. semuanya gambar bergoyang, tak jelas. termasuklah gambar abah dia yang tengah berbaring nak tidur tu.ada lagi gambar jam abah, gambar lantai,bantal.. eh.. banyaklah.. tergelak-gelak saya tengok.

banyak sangat gambar, ada saya dah delete. tapi saya simpan sekeping dua buat kenangan. 1st time aniq try snap gambar. walau pun tak begitu cun, tapi hasil yang boleh dibanggakan..hahaha..


Ha...  Nah..  Aniq belanja 1 gambar..  :)