nuffnang

Selasa, 19 November 2013

Aniq Hilang!!

Pagi tadi saya masuk kebilik air. Masa tu my hubby dah nak pergi kerja, so, dia letaklah si kecik yang baik ni kat ruang tamu. Takut nak tinggal atas katil, kang jatuh pulak.

Masa saya keluar pada bilik air, rumah sunyi sepi je. Tak dengar pulak suara si kecik ni. Ingatkan dah tidur. Cari2 kat ruang tamu, tak ada pulak. Saya fikir adik saya yang ambik Aniq. Tapi jenguk kat bilik adik, tak ada jugak Aniq. Risau dah saya time tu.

Tapi pun tak ada juga.tengah dok mencari- cari tu, saya dengar bunyi plastik. Tengok bawah kerusi ada benda gerak2. hah, bila jenguk kat bawah tu, nampaklah si Aniq ni tengah gigit2 plastik kat bawah kerusi tu. Haih..sabar ajelah.

Ingatkan hilang kemana. Rupanya best je duduk gigit plastik yang entah dapat dari mana. Bahaya betullah.

tengoklah dia, seronok je main plastik. :)


2 ulasan :

QasehnyaRania berkata...

Alahai.sian la dia.hihi

Sya Nadia berkata...

kesian kat mummy dia jugak sebab penat nak kejar..hehe