nuffnang

Jumaat, 8 November 2013

Azam Tahun Baruku.. Yeah!

Dah banyak hari demam and sakit perut yang teruk, malam tadi baru pergi klinik. Tu pun kena paksa dengan hubby. Haih, masa tu jgk rasa terus baik tuh.. Haha.. Bengang je cik abang tu.. Memula rasa seronok sebab tengok2 klinik tutup dah,tetibe nampak klinik sulaiman buka lagi.. Terus rasa tak best balik..

Ingatkan sakit apalah yang macam teruk sangat tu. Rupanya angin + gastrik. Adeh, kena ceramah gn hubby sebab tak jaga makan. Lepas tu kena pantang makan. No pedas2,masam2,minyak2 sangat. Inilah part paling tak best,kena pantang *redha jela*

Saya ni jenis yang suka memasak,tapi tak rajin. Haha.. Paham x? Tak paham sudah..hahaha.. Kat rumah kalau cuma ada saya je,memang saya malas nak masak. Makan pun malas. Apelah,sumenya malas. Tapi ntahlah. Dah memang gitu. Haha
Cuma bila dah sakit teruk ni rasa gak nak insaf. Lepas ni walau tak ada selera, tetap kena makan. Lagipun Aniq kan menyusu badan. Macamana nak bagi susu kalau tak makan?

Okeyhhh... I insaf...


P/s : kira azam tahun baru la jugakkan? :D

Tiada ulasan :