nuffnang

Jumaat, 15 November 2013

Oh~ My Aniq

Tengahari tadi masa saya kat dapur, my hubby panggil kedepan suruh tengok Aniq. Ingatkan kenapa, rupanya sebab Aniq dah pandai mengesot. Err.. saya tak sure apa nama yang Aniq buat tu. Tapi dia macam ni, masih meniarap,tapi dah pandai kedepan, tepi ,belakang, berpusing.

Sebelum ni dia memang dah pandai, tapi dia begerak macam beluncas tu. Angkat punggung, baru tolak badan kedepan. Sekarang dah tak macam tu lagi. My hubby punyalah seronok, siap tolong rakam lagi.

 Abah dia yang excited kalah mummy. hehe  Nanti saya nak upload videonya. Untuk tatapan Aniq juga bila besar nanti. :)

Tiada ulasan :