nuffnang

Ahad, 23 November 2014

Nak Daftar Syarikat

Assalamualaikum..

hari ni awal betul bangun.. pukul 3 pagi dah sedar. excited sangat nak buat pendaftaran syarikat..hehe. semua info pasal nak daftar ni saya dah dapat dari minggu lepas. ikutkan hati asalnya saya malas nak daftar. cuma dah sekarang ni wajib, nak tak nak, buat jugalah kan.. karang tak buat, lepas tu kena saman kang payah.

lepas solat subuh tadi, rasa tak tahu nak buat apa, saya online cari alamat & no telefon pejabat SSM Johor. hari ni hari ahad, kalau saya buat kat pahang pun pejabat tutup. baik buat kat segamat. hari ni kan johor dah mula bekerja.. tu yang best berjiran dengan negeri yang lain hari cutinya..hehe..jadi, masa kita bercuti, mereka dah mula bekerja,jadi tak sesak. and ada urusan pejabat yang kita boleh buat waktu cuti kita ni. kalau tak, terpaksa bercuti hari kerja lah kan.. leceh lak tu nak dapat cuti..

balik semula cerita pasal nak daftar ssm tadi. saya yang dah excited ni bukaklah laman web SSM cari alamat. aduhaii... rupanya SSM johor ni kat Bandar JOHOR BAHRU..Alahai.. dekat sangat tu.. abeslah saya, tak cek awal-awal alamat dia. mesti jap lagi kena marah dengan my hubby. cuma mujurlah memang kebetulan kami nak ke KWSP segamat. ada jugalah urusannya nanti nak kesana. Bukan apa, saya dah cancel jadual hari ni yang sepatutnya kitorang pergi KL. adik saya nak cari barang bisnes dia. cissss Cake betullah.. ini haa alamat kat johor.. siapa nak no telefon pun ada kat situ..





sekarang saya pun dah blurr.. kena jugalah pergi kuantan untuk daftar, ataupun tunggu wakil SSM datang sendiri ke muadzam. Masalahnya saya tak tahu bila diorang nak datangnya. Sepanjang saya kat muadzam ni, tak pernah lagi jumpa dengan wakil SSM pun. selalu umy saya pergi kuantan untuk urusan SSM termasuk yang baru-baru ni pun. kena juga ke kuantan. kalau kuantan memang lecehlah sebabnya tak dapat pergi hari cuti. kena cari hari bekerja juga.

tak apalah, saya cuba call pejabat SSM kejap lagi. tanya manalah tau ada wakil diorang nak datang segamat hari ni kan.. dapatlah saya settlekan urusan daftar syarikat. kalau tak, kenalah menunggu masa sesuai nak pergi kuantan tu.. sebab saya nak daftar partner punya, kenalah ajak partner saya, Encik Ahmad Affendi a.k.a my hubby..

2 ulasan :

Unknown berkata...

bestnyaa dah ada bisness..

Tengkubutang berkata...

wah.. tahniah.. selangkah lagi untuk bisnes lebih maju.. =)