nuffnang

Isnin, 5 Januari 2015

Anugerah Terindah

Dalam banyak benda yang saya dapat dalam hidup ni, anugerah yang paling saya syukuri adalah nikmat berkeluarga. Bagi orang yang dah berkeluarga macam saya mesti faham.  Lagi² bila dah dikurniakan anak.

Saya faham, tak semua orang di rezeki kan dengan cahaya mata..  Harap pada yang berkenaan tak terasa hati dengan entry  saya ni ye.. Bukanlah saya nak menunjuk - nunjuk atau berlagak. Saya cuma menulis untuk tatapan anak² saya pada masa akan datang. Luahan betapa bersyukur nya saya bila Allah kurniakan saya anak.



Buat masa ni, ini lah satu² nya permata hati saya &  hubby. Tiap kali pandang wajah anak soleh kami ni, rasa sayu hati. Selalu saya cakap pada dia, mummy minta maaf atas kekurangan mummy dalam masa jaga Aniq. Mummy doakan Aniq supaya jadi orang yang soleh, dapat memberi manfaat pada manusia lain.

Anak kecil kami ni dah masuk 1tahun 7 bulan bila 24/1 ni. Sedar tak sedar sekejap je masa berlalu. Masa sebelum dia umur 3 tahun ni adalah masa kritikal dalam hidup dia. Waktu ni lah dia belajar segalanya. Yang akan tersemat dalam fikiran bawah sedar dia &  apa yang dia dapat waktu ni lah yang akan dibawa sampai dewasa. Tapi saya selalu rasa, saya gagal nak bagi yang terbaik. Saya patut buat lebih lagi. Jadi, maafkan mummy ye sayang..  Mummy akan usaha lagi.

Aniq anak soleh, anak yang baik. Jarang meragam. Sangat berdikari. Hati ibu mana yang tak bangga dengan sifat baik anak. Semoga Allah terus jaga Aniq, kekalkan sikap baik Aniq sampai bila²..

Mummy love you so much Muhammad Danial Aniq.. :) 

12 ulasan :

Maria Firdz berkata...

Alhamdulillah... semuanya atas anugerah Dia...

Unknown berkata...

itulah anak..anugerah dr Ilahi.. kita kena didik dia jadi anak berguna..

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah
betul tu
aamiin

ecadwinkyasha berkata...

anugerah yg tak ternilai ne...

Unknown berkata...

Alhamdulillah..
InsyaAllah besar nanti Aniq jadi anak yg soleh, bijak pandai.. amin. :)

iryantyismail berkata...

alhamdulilah...jaga aniq baik2 tau...tumpang gembira melihat kanak2 secomel aniq...

Sya berkata...

Betul tu kak Maria..

Sya berkata...

Syukur..

Sya berkata...

Amiinn..

Sya berkata...

Alhamdulillah.. Ty yan..

Cik Rose berkata...

Yup betul.. Anugerah tak ternilai..

aziazib berkata...

alhamdulillah amanah dri allah tu