nuffnang

Rabu, 18 Februari 2015

lebih kaya dari Siti Nurhaliza...

Lewat ptg semalam sy ke pejabat poslaju Bangi atas urusan mengepos barang pelanggan. Masya Allah ramainya manusia seperti terasa pejabat poslaju sedang buat happy hour je.
Sebelah sy, terdapat sorang kakak dalam lingkungan 30-an bersama 2 orang anaknya yg sedang berlari2 dalam pejabat pos seperti Watson Nyambek yg cuba memintas Usain Bolt. Kakak tersebut memarahi anaknya, namun anaknya buat muka derk sahaja seolah-olah betul-betul berada di dalam trek pecut 100 meter stadium Bukit Jalil.
Kesabaran akak td mungkin telah sampai ke titisan terakhir barangkali. Dia lalu menangkap anaknya yg berumur 4-5 tahun tersebut dan menampar anaknya dpn org ramai. Sorang merasa tamparan, sorang lg yg kecil sedikit merasa cubitan. Sy sedikit terpaku dan terkejut atas tindakan drastik akak tersebut. Anehnya, kedua-dua anaknya relax shj, seolah-olah sudah biasa ditampar seperti itu.
Namun dlm ke'relax'an anak tersebut, terpancar wajah kesedihan dan sifat memendam perasaan di wajahnya. Anak td tunduk dan duduk di sebelah kerusi sy. Sy mengusap kepalanya sambil menghulurkan gula2 Hacks kepada 2 org anak itu (kebetulan hr tu sakit tekak).
Selang 15 minit sy cuba berbual dgn akak td... "Akak pos apa?" .. Jwbnya, "akak niaga produk kosmetik.. Ni je mampu nk besarkan 2 org anak ni... Bapaknya da xda.. Payah, nk kena bawak gi pejabat pos la, ke sana kemari mengheret budak2 ni.. Dah laa nakal"...
Aku x tanya pn pasal anak2 dia tu, mungkin dia sengaja bercerita sbb aku kelihatan kurang senang cara dia menampar dan mencubit anak2 tersebut depan org ramai begitu. Aku bersuara perlahan supaya org lain x dengar perbualan kami... Kataku, "Alhamdulillah akak dikurniakan anak... Akak lebih kaya dr jutawan Dato Siti Nurhaliza Taruddin yg masih belum dikurniakan anak... Bila akak tua, mereka ni la yg menjaga akak nnt..." aku brhenti di situ sbb x dapat teruskan kata2... Sedikit sebak... Ntah kenapa... Akak tu seolah-olah faham niatku yg nk bgtau dia senakal2 anak kita, didiklah mereka dgn kasih syg... Mungkin mereka nakal sebab cara didikan kita sendiri.. Akak td terus memeluk dan mencium ubun-ubun anaknya... Mungkin motifku sudah difahaminya, Alhamdulillah.
Kadang-kadang kita penat, baru balik kerja, tetiba anak buat hal.. So kita pnya temperature pn naik... Kdg2 anak kita x dengar ckp... Bila marah makin dibuat... Kdg2 anak kita mengamuk kul 2,3 pg, buat bnda tu x kena, bnda ni x kena... Hal ni kdg2 buat kita rasa nk taekwando shj...
Teringat lg ketika sy masih menjawat jawatan jurutera, masa tu jam menunjukkan 10 mlm, sy di rumah, anak pertama sy sedang menangis disusuli dgn jeritan seolah-olah sedang dikejar pontianak harum sambal malam. Time tu pulak big bos sy call, ada breakdown katanya d site. Suasana kelam kabut. Sy x dgr apa bos ckp. Sy menjerit panggil isteri tolong pujukkan anak...isteri di dapur dan masih mendukung anak kedua dan mungkin tidak dgr jeritan sy. Anak pertama terus meluahkan jeritannya sekuat hati apabila melihat sy x mengendahkannya...ye laa, di usia 4 tahunnya, dia peduli apa walau sy tengah brcakap dengan perdana menteri Najib sekalipun. Sy tanpa pikir panjang, mengurungnya di dalam bilik dan menutup pintu supaya sy dapat dgr arahan big bos sy td. Selepas selesai, sy membuka balik pintu.. Melihatkan perbuatan sy itu dan suasana ketika itu menjadikan sy sebak.. Esoknya selepas berfikir panjang, sy memberi notis berhenti kerja kerana sy x mampu utk menjual life sy pada tanggungjwb seorang engineer yg tidak habis di pejabat...kerjanya merangkumi 24jam sehari termasuk cuti umum dan hari minggu... Sekarang sy memilih utk jadi technician...technician kerjanya habis di pejabat, x perlu bawak balik rumah, x perlu bawak dlm solat mahupun bawak balik dlm mimpi.
Dalam seminggu sy akan meluangkan masa beberapa kali bersama anak sulung sy buat apa yg dia minat.. Bg ikan lampam makan di tasik presint 5, bwk dia mandi swimming pool, bawak dia naik kereta api ERL (naik putrajaya, turun salak tinggi n patah balik putrajaya). Dan dia sgt2 menghargai sy lebih dr menghargai ibunya kerana masa sy yg diluangkan brsamanya lebih banyak berbanding ibunya... Pg pergi tadika, kalau xda sy untuk hantarnya, dia akan ngamuk...klu dia nak tunjukkan apa-apa, sy lah org pertama yang dicarinya...kalau sy tegur, nasihat sy lebih diakurinya dr ibunya.
Org kata sy terlalu memanjakannya. Terpulanglah apa org nak cakap. Bg sy tidak. Sy mengajarnya menghargai dan hormat pd org lain. Sy memberitahunya yg kasih syg bukan hanya dtg dr ibu, bapa pn mampu buat.


 sumber copy paste : FB Fadzil Khairi

p/s: ilmu parenting ni bukan saje untuk ibu bapa, tapi orang bujang atau belum mempunyai cahaya mata juga patut belajar tentang ini. nanti dah ada anak, kita dah mudah nak handle sebab dah ada ilmu.. percayalah, bila ada ilmu, anak sangat mudah dibentuk. anak baik atau nakal tu bukan semula jadi, tapi hasil dari didikan ibu bapanya. ibu bapa berilmu, akan membentuk anak yang mempunyai akhlak yang baik.. insya allah.. :)

Nota dari ibu rose.. selalu kata pada diri, "AKU LAYAK SABAR, AKU BOLEH SABAR, AKU SEORANG YANG PENYABAR"

5 ulasan :

Unknown berkata...

alaa....sedihnyaa...nak jadi ibu kena ada ilmu baru leh didik anak2 kan...

iryantyismail berkata...

fuhh tersentap baca entri sya kali niee....matang sangat2 walaupun baru 1 anak...tabik spring lah :-))...
moga ibi rose jumpa jalan kesabaran..insyallah..amin

Puan Kutu berkata...

Amik pengajaran dr kisah ni.anak nakal tu perkara biasa.kita je kena jaga temperature jangan smp high...agak2 high tu istighfar byk2,amik wuduk...akk kt pejabat pos mungkin tekanan.yelah ibu tunggal..to tu bukan alasan tak bley jadi ibu yg baik

Aisy Nasiha berkata...

Kena sentiasa ingat dan amalkan ayat2 ibu ross tu. Sabar tu paling penting..

Kisah yang cukup menginsafkan.. terharu baca.. moga kita dapat imbangkan kerja dan keluarga dengan baik.. moga diberi kemudahan dalam semua urusan

QasehnyaRania berkata...

betul tu
kena ada ilmu
in shaa Allah
smga kita semua dikurniakan kesabaran dan kekuatn utk mndidik anak ank
aamiin