Ramai dah tau kan yang pisang goreng cheese ni . memang famous kan?? Ramai yang cakap sedap. Tapi sebelum buat sendiri, saya nak rasa dulu lah. Sedap ke tak, kena tak dengan
citarasa saya. Kalau tak sedap, tak nak la buat.hehehe Pasalnya sepupu saya kata
tak kenalah dengan selera dia. Risau pulak
saya..hahaha. takut dah buat nanti tak nak makan pulak.
So, kebetulan masa ada pasar tani kat sini, hubby saya ternampak ada orang jual. Dia pun cakap
nak try. Ok.. saya minta sebungkus. Harga, rm3.00. Pada saya harga tu agak murah
sebab nampak cheese banyak juga orang tu letak. Owhh..
excited saya nak rasa..haha.. tak sabar dah nak balik rumah. (saya suka cheese)
Dah hilang cheese,sbb sy kutip..tp plik la..cheese dia ni tawar je.. |
‘
TAPI….. bila dah try rasa.. hurm.. tak sedap pun. Rasa pisang
semata. Tak rasa cheese pun. Abes tu cheese ke apa dia bubuh yang nampak macam
cheese tu? Tak rasa macam cheese pun! Tawar je.. grr… ni yang geram. Apa lah
diorang ni.. patutlah saya rasa pelik, kenapa murah?? Nampak macam banyak je
cheese. Sedih tau. Saya and family ni jenis tak berkira pasal harga makanan asalkan
sedap. Tak sukalah, murah tapi tak sedap pun. Baik tak payah jual. Membazir je
beli. Last tak habis pun makan. Sebab saya memang kurang suka pisang. Kecuali kalau
ada kicap cili tu. Macam tu saya makan.
Ramai orang yang buat atau menjual style macam ni. Yang sebenarnya
sangat tak bagus untuk bisnes diorang. Orang suka pada kualiti. Biar mahal
sikit tak apa. Cuma janganlah mahal sangat sampai melampau-lampau. Kalau dia
buat sedap, harga mahal sikit dari tu pun tak apa, sebab orang akan datang balik.
Sebabnya, teringat-ingat sedap makanan dia. Kalau tak sedap, murah pun orang
tak nak.. tak berbaloi pun.
Tapi walaupun orang kata customer always right, jangan pulak customer ni buat perangai mengada - ngada pulak, complain je memanjang. kalau ada yang sedap, harga berpatutan, cerita lah kat kawan-kawan. Majukan lagi bisnes orang tu.. :)
haa.. yang ni untuk customer pulak..
7 ulasan :
bak kata org berniaga, kalau sedap bagitau kawan. kalau tak sedap bagitau kami.. hehehe
Haha.. baru nak puji murahnya.. sebab biasa akak beli rm6 sebekas.. tapi gitu pulak hasilnya ya..
Takpe, nanti try lagi.. insyaAllah akn jumpa yg sedap..
Setakat pisang pastu boh cheese camni nmpk pun macam tak sedap.hehe..syaz kena kena yg betul2 ada sos cheese mayones, coklat ke.yg susu pekat akk tak pernah cuba lagi...tapi pisang goreng tu pun main peranan gak.tepunya kena la sedap...org yg suka cheese biasanya tak tolak punya pisang goreng cheese.tp syaz tak suka pisang plak ekk.hehe
patutnya cheese tu rasa macam cheese cheddar..ada rasa masin dan lemak...
kalau tak suka pisang..pakai kentang pun sedap dik :-))
Dah pernah beli. Memang sedap di area Ros ni. Tapi Ros kurang gemar cheese...
ye ke..
tapi bgi ciksu..
yang buat sndiri la.. sedap..
rasa lemak lemak manis..
sepinggan uat blh hbs la. tp x bg abg ciksu sbb dia kurang cheese.sbb katanya menu penyakit
kalau yg bli blm pnh beli..
tgk harga pisang cheese kemahen..
alang alang rmh ciksu dkt pasar keramat, itu yg buat sndiri.sbb beli pisang sssikat pon murah je.kebetulan.bahan bahan nk buat pon dah ada kan..
pernah gak makan sekali..sedap..manis terasa cheesenya..pastu dia letak coklat rice tu lg tambah sedap
Catat Ulasan