nuffnang

Selasa, 8 Disember 2015

Teruja Bila Makan~

Assalamualikum..

Dalam entry lama dulu, saya pernah cerita pasal dah stop susu Aniq sebab Aniq sangat payah nak makan. Tak nak makan tu sampai membawa ke tahap jumpa pakar and kena pergi klinik setiap bulan akibat masalah berat badan. Korang ingat lagi tak?

Dan... Alhamdulillah, cara tu sangat berkesan. Dah masuk 2 bulan tak salah saya Aniq stop susu. Dia pun dah makan macam-macam. Pipi pun dah mula naik. Anak soleh saya ni memang sama la macam mummy dia. Asal naik berat je, pipi nampak dulu.. Stress je mak!

Anak soleh Danial Aniq ni tak adalah automatik terus boleh nak makan. Masa awal-awal tu, susah juga saya, sampai tak boleh tidur malam. Melayan kerenah dia merengek kelaparan. Makan tak nak, minta susu. Tapi saya ingat, nak dapat hasil kena sabar. Alhamdulillah, tak sampai seminggu pun rajuknya, dia makan juga. Sebenarnya sampai sekarang dia masih sebut susu. tapi bila saya buat tak faham, dia diam je..

Sampailah sekrang ni, saya masih teruja bila tengok dia makan. Bukan apa, perangai memilih makan tu masih tebal lagi. Nak makan benda-benda tertentu je. Yang buah-buahan pun tolak tepi. Yang lagi geram bila hari-hari minta aiskrim. Tapi saya tak layan pun. Nak nangis pun lantak lah. Dah puas nangis kang cari mummy jugak.hehe..Jadi, sesekali bila tengok dia makan benda yang dia tak suka tu buat saya betul-betul teruja. Teruja sangat saya sampai sambil makan, sambil senyum sampai ke telinga..kikiki

Anak soleh saya ni dah start suka makan nasi. Suka makan roti,biskut, sup. kalau dulu, benda inilah yang paling tak pandang. nak pandang buat apa kan? Dia dah kenyang dengan susu botol! Now, apa kita makan, dia makan. paling favret, dia suka ayam goreng. Saya masih dalam proses nak ajar dia makan sayur. tak apa slow-slow kan. Lumrah la budak payah makan sayur.

Aniq makan cucur jagung manis tu! tak sangka dia nak makan.. mummy senyum sampai telinga tengok..Banyak pulak tu makan.. Alhamdulillah... :)

3 ulasan :

Unknown berkata...

alhamdulillah ada dah perubahan utk aniq..hakimi je lom lagi.. huhuhu
makan nasi pun nasi putih je.. bila campur lauk automatik xnak.. emm

Unknown berkata...

Kita semua sama, pipi naik dulu. Haha. Good boy aniq! :-)

Dalia Hassan berkata...

alamak. kita plak yang terliur tengok cucur jagung manis tu.. hehe!