nuffnang

Selasa, 31 Disember 2013

Pemalu ke??

Aduhai..kenapa lah tiba2 je datang sakit ni. Tak terdaya nak menanggungnya. Kalau dah dapat sakit macam ni, rasa nak guling2, atas tilam, berangan, lepas tu tidur. Memang best punyalah..

Penyakit ni tak lain tak bukan dah tentulah penyakit MALAS. Aduii..bila ingat pasal kerja rumah, terus rasa nak pitam. Nak update blog pun rasa macam nak demam. Apetah lagi kalau fikir kena blogwalking. Pengsan terus..hahaha..Apalah jenis manusia macam ni. Tapi bila dah buka komputer, laju je tengok sape ade entry baru. Laju je klik nak pi baca.

Mula2 sebelum buka, niatnya nak tengok2 je. Dalam hati dah cakap, paling lama pun 20 minit je. Tapi bila dah mula, ambik tu..... 1 jam belum tentu selesai. habis semua nak tawaf.

Kadang terfikir juga, ada orang yang sokmo la kita pegi blog dia, komen2, jenguk2 tapi dia tak pernah sekali pun jenguk datang tempat kita. Kadang rasa buang masa je. Malu pun ada, dah la tak kenal, bila nak kenal orang buat tak tau pulak.. Saya ni udah la pemalu walaupun tak berdepan betul2.  Nampak macam saya ni selamba je kn?? Tapi sebenarnya tak sangat pun. Kecuali la dengan orang yang betul2 kenal.

Lagi pun tak de terasa malu sangat sebab ada juga blogger yang peramah. Kalau jenis yang tu jadi kurang la malu saya. Boleh la nak buat2 selamba juga. hehe. Tapi yang tak datang balik tu, saya anggap dia tak perasan je.Tak ade lah nak marah. Lagi pun saya kan baru, normal je kalau orang tak kenal atau tak nampak kewujudan saya..

okeyh...sudah2 la luahan hati waktu petang2 ni. Aniq dah tidur, nak siap2 nak balik kampung pulak. Btw, blogger2 sekelian, akak, adik, mahupun yang pangkat apa2 pun, silalah tinggalkan nama penggilan anda diruangan komen. kalau lagi baik ,bgtau la umur sekali,boleh la nak panggil adik ke, akak ke, abang ke..*ehh,ada ke lelaki datang sini??* Ntah la..Kadang saya segan nak komen2 sebab saya rasa nama panggilan orang tu pun saya tak tau. Selalu saya komen sambil tutup mata, supaya kurang rasa malu tu..hehe *percayalah,saya tak tipu tau*

Doakan perjalanan kami semua selamat ye.. :)
lupa nk tulis.. Sy lahir 15/8/1989..

Ahad, 29 Disember 2013

Hujung Minggu & Tahun ~

Tinggal beberapa hari je lagi tahun 2013 nak bertukar ke tahun 2014. Di waktu2 macam ni orang paling sibuk dah tentulah mak ayah yang nak cari barang sekolah anak.
Budak2 pulak bersedih sebab cuti dah nak habis. :(

Bagi mak ayah yang dah bersiap awal atau pun yang tak ada anak nak sekolah,waktu ni la nak habiskan masa dengan anak. Bawa pergi jalan ke apa. Confirm sesakla semua jalan2 utama. Nasib baik saya ni duduk dalam hutan, tak ada la nak kena bersesak2 macam kat  bandar. Untung betul..hehe

Tapi kami tetap tak dapat nak kemana, my hubby kena kerja hari ni..uhukk..uhuk...sedih juga lah. Lagi pun nak kemana kan? Muadzam bukan ada tempat best nak pergi pun. Ni yang tak untung duduk dekat2 hutan. *Banyak sangat merungutnya*. Hehe,bukan merungut..nak cerita je..

Pape pun,pada yang keluar dari rumah tu pastikan semua suis dah off. Kepala tong gas tu cabut. Rumah dah kunci,jangan tinggal kunci dalam rumah. Kang kena pecah pintu pulak..hehe

Selamat berhujung minggu~~

Cara2 pegang botol. ~

Aniq baru belajar cara2 nak pegang botol dengan betul. Insya Allah, tak lama lagi pandai la dia. Lepas tu boleh belajar pegang pen & pensel pulak. :)