nuffnang

Jumaat, 20 Februari 2015

mango mask superbest!!

saya bukan jenis manusia yang pandai jaga muka, jaga badan.. tapi dah namanya perempuan, ada jugalah rasa nak jaga walau sebenarnya pemalas nak buat rutin itu ini.

saya ni memang tak rajin nak belai muka, badan semua. kalau orang buatkan untuk saya oklah. nak harap sendiri memang tak la. mungkin awal je excited, lama-lama tinggal je semua tu. pandang sebelah mata je. lantak lah produk harga ratus-ratus pun. dah malas tu, berhabuk pun biar. punyalah teruk mak orang ni kan.. so, saya suka cari yang simple, mudah untuk saya.

saya suka pakai mask. senang, tampal je kat muka, biarkan 15-20 minit dah boleh buang. bukan pakai selalu. 2,3 kali seminggu je. nak pakai seminggu sekali aje pun boleh. so, saya memang kalau masuk watson tu, saya akan cari mask. dah macam-macam mask saya pakai. tapi, tak ok pada saya. kulit saya sekarang memang sensitif. dulu jenis kulit buaya. pakai apa pun, tetap licin je kulit. sampai orang jeles. malas jaga pun cantik je kulit. sekarang?? bila  malas, memang mendapatlah sebiji dua timbunan harta kat pipi..hahaha.. lepas tu, mulalah risau. senget minah ni kan..hehehe


kulit sensitif ni kenalah extra care kan. tak boleh nak pakai produk sebarangan. nak kena tengok bahan yang digunakan. kimia banyak sangat tu, yela kan lah. takut cun sekarang je, masa depan nanti, hancur.. sedih tak dapat buat apa dah.. so, masa catalyst keluarkan mask, saya tanya cousin saya bahan dalam tu. ok ke tak.. natural ke tak. kata cousin saya memang natural. diorang buat dari strawberry,kiwi dengan manggo. produk ni antara yang termaju kat korea setakat ni. mask ni, memang buat kat sana juga. dont worry, semua ni halal. Dah excited, kenalah tanya harga untuk order kan.. hurm.. harganya rm12.90 sekeping.. mahal oo.. tapi ahli dapatlah harga rm10 sekeping. masih mahal, tapi harga ni sama je dengan mask garnier yang saya pakai dulu.

1st time pakai tu, memang rasa nak lompat bintang lah.. hehe..sebabnya, cool je rasa. selalunya, muka saya ni akan rasa panas bila tak serasi. yang pernah saya try dulu, memang tak sabar nak buang sebab rasa tak selesa. yang ni, pakai 50 minit pun tak sedar..ahhahaa..  melampau betul. super duper best la.. memang saya rekemen kan sangat lah kat korang. baru-baru ni, boss ada bagi free gift untuk yang restok. dapatlah saya 3 keping mask. haha..best3.. malam sebelum tidur, saya pun pakai..

Mengerikan la pulak..haha


 nampak melekat elok je kat muka. yang biasa jenis lain saya pakai, asyik tak kena je. jadi rimas pakai. yang ni, sedang molek lah.


Nampak fresh lepas dah buka.. 

 dah 50 minit kemudian..haha..lama giler.. patut 15-20 minit je.. tapi dah best, sampai terlupa nak buang. tara...  rasa fresh je muka.. ni yang mango. ada juga saya dapat yang kiwi. tapi saya lebih suka mango ni. serasi dengan sya. nad zainal suka yang strawberry. tapi saya belum pernah try.. insya allah, nak try lepas ni..


Rabu, 18 Februari 2015

lebih kaya dari Siti Nurhaliza...

Lewat ptg semalam sy ke pejabat poslaju Bangi atas urusan mengepos barang pelanggan. Masya Allah ramainya manusia seperti terasa pejabat poslaju sedang buat happy hour je.
Sebelah sy, terdapat sorang kakak dalam lingkungan 30-an bersama 2 orang anaknya yg sedang berlari2 dalam pejabat pos seperti Watson Nyambek yg cuba memintas Usain Bolt. Kakak tersebut memarahi anaknya, namun anaknya buat muka derk sahaja seolah-olah betul-betul berada di dalam trek pecut 100 meter stadium Bukit Jalil.
Kesabaran akak td mungkin telah sampai ke titisan terakhir barangkali. Dia lalu menangkap anaknya yg berumur 4-5 tahun tersebut dan menampar anaknya dpn org ramai. Sorang merasa tamparan, sorang lg yg kecil sedikit merasa cubitan. Sy sedikit terpaku dan terkejut atas tindakan drastik akak tersebut. Anehnya, kedua-dua anaknya relax shj, seolah-olah sudah biasa ditampar seperti itu.
Namun dlm ke'relax'an anak tersebut, terpancar wajah kesedihan dan sifat memendam perasaan di wajahnya. Anak td tunduk dan duduk di sebelah kerusi sy. Sy mengusap kepalanya sambil menghulurkan gula2 Hacks kepada 2 org anak itu (kebetulan hr tu sakit tekak).
Selang 15 minit sy cuba berbual dgn akak td... "Akak pos apa?" .. Jwbnya, "akak niaga produk kosmetik.. Ni je mampu nk besarkan 2 org anak ni... Bapaknya da xda.. Payah, nk kena bawak gi pejabat pos la, ke sana kemari mengheret budak2 ni.. Dah laa nakal"...
Aku x tanya pn pasal anak2 dia tu, mungkin dia sengaja bercerita sbb aku kelihatan kurang senang cara dia menampar dan mencubit anak2 tersebut depan org ramai begitu. Aku bersuara perlahan supaya org lain x dengar perbualan kami... Kataku, "Alhamdulillah akak dikurniakan anak... Akak lebih kaya dr jutawan Dato Siti Nurhaliza Taruddin yg masih belum dikurniakan anak... Bila akak tua, mereka ni la yg menjaga akak nnt..." aku brhenti di situ sbb x dapat teruskan kata2... Sedikit sebak... Ntah kenapa... Akak tu seolah-olah faham niatku yg nk bgtau dia senakal2 anak kita, didiklah mereka dgn kasih syg... Mungkin mereka nakal sebab cara didikan kita sendiri.. Akak td terus memeluk dan mencium ubun-ubun anaknya... Mungkin motifku sudah difahaminya, Alhamdulillah.
Kadang-kadang kita penat, baru balik kerja, tetiba anak buat hal.. So kita pnya temperature pn naik... Kdg2 anak kita x dengar ckp... Bila marah makin dibuat... Kdg2 anak kita mengamuk kul 2,3 pg, buat bnda tu x kena, bnda ni x kena... Hal ni kdg2 buat kita rasa nk taekwando shj...
Teringat lg ketika sy masih menjawat jawatan jurutera, masa tu jam menunjukkan 10 mlm, sy di rumah, anak pertama sy sedang menangis disusuli dgn jeritan seolah-olah sedang dikejar pontianak harum sambal malam. Time tu pulak big bos sy call, ada breakdown katanya d site. Suasana kelam kabut. Sy x dgr apa bos ckp. Sy menjerit panggil isteri tolong pujukkan anak...isteri di dapur dan masih mendukung anak kedua dan mungkin tidak dgr jeritan sy. Anak pertama terus meluahkan jeritannya sekuat hati apabila melihat sy x mengendahkannya...ye laa, di usia 4 tahunnya, dia peduli apa walau sy tengah brcakap dengan perdana menteri Najib sekalipun. Sy tanpa pikir panjang, mengurungnya di dalam bilik dan menutup pintu supaya sy dapat dgr arahan big bos sy td. Selepas selesai, sy membuka balik pintu.. Melihatkan perbuatan sy itu dan suasana ketika itu menjadikan sy sebak.. Esoknya selepas berfikir panjang, sy memberi notis berhenti kerja kerana sy x mampu utk menjual life sy pada tanggungjwb seorang engineer yg tidak habis di pejabat...kerjanya merangkumi 24jam sehari termasuk cuti umum dan hari minggu... Sekarang sy memilih utk jadi technician...technician kerjanya habis di pejabat, x perlu bawak balik rumah, x perlu bawak dlm solat mahupun bawak balik dlm mimpi.
Dalam seminggu sy akan meluangkan masa beberapa kali bersama anak sulung sy buat apa yg dia minat.. Bg ikan lampam makan di tasik presint 5, bwk dia mandi swimming pool, bawak dia naik kereta api ERL (naik putrajaya, turun salak tinggi n patah balik putrajaya). Dan dia sgt2 menghargai sy lebih dr menghargai ibunya kerana masa sy yg diluangkan brsamanya lebih banyak berbanding ibunya... Pg pergi tadika, kalau xda sy untuk hantarnya, dia akan ngamuk...klu dia nak tunjukkan apa-apa, sy lah org pertama yang dicarinya...kalau sy tegur, nasihat sy lebih diakurinya dr ibunya.
Org kata sy terlalu memanjakannya. Terpulanglah apa org nak cakap. Bg sy tidak. Sy mengajarnya menghargai dan hormat pd org lain. Sy memberitahunya yg kasih syg bukan hanya dtg dr ibu, bapa pn mampu buat.


 sumber copy paste : FB Fadzil Khairi

p/s: ilmu parenting ni bukan saje untuk ibu bapa, tapi orang bujang atau belum mempunyai cahaya mata juga patut belajar tentang ini. nanti dah ada anak, kita dah mudah nak handle sebab dah ada ilmu.. percayalah, bila ada ilmu, anak sangat mudah dibentuk. anak baik atau nakal tu bukan semula jadi, tapi hasil dari didikan ibu bapanya. ibu bapa berilmu, akan membentuk anak yang mempunyai akhlak yang baik.. insya allah.. :)

Nota dari ibu rose.. selalu kata pada diri, "AKU LAYAK SABAR, AKU BOLEH SABAR, AKU SEORANG YANG PENYABAR"

Isnin, 16 Februari 2015

Aniq si anak soleh yang semakin kaya-raya..

my hubby memang busy. kerja dia mengalahkan boss. pergi kerja pagi, balik kerja malam. kerja site dia buat, kerja office pun dia yang buat. saya kata pada hubby, mintalah gaji lebih pada boss sebab abang ni dah macam ganti bos kat office. semua abang handle. kata hubby, tak apalah, kita tolong orang. nanti adalah rezeki kita. bila hubby cakap macam ni, apa nak kata? terimalah kan.. ada betul kata hubby saya tu. tapi kesian sangat kat dia. selalu kurang masa untuk diri sendiri. dah balik pun, masih pekerja call tanya itu ini. cuti pun, berpuluh kali orang call. dh tak macam cuti..

bila tengok macam tu, saya kesiankan 2 orang ni, my hubby & aniq. mereka sangat kurang masa bersama-sama. aniq perlukan abah dia walau macam mana pun, betul tak. jadi, saya selalu bawa aniq datang site bila dah petang, lepas pukul 5 atau masa hari ahad. sebab waktu ni hubby dah duduk kat office. seronok lah aniq, dapat main dengan abah dia, dapat lari sana - sini. dapat keluar rumah! happy sangat-sangat. yang paling happy bila time abah dia bayar gaji pekerja. time ni, 10x happy la.. sebabnya??

Tengah try panjat macam Spider-Man Kat office abah.


sebabnya, bila diorang nampak aniq, diorang ni rajin bagi duit. haha.. semalam bawa aniq, kebetulan hubby bayar gaji, dapatlah rm200. itu pun datang dah last-last. kalau lebih awal, saya tak tahulah berapa banyak dia dapat.


Aniq malu² :)


Itulah untungnya bila berbuat baik dengan orang kata my hubby. memang tak dinafikan, walaupun boss pada pekerja, my hubby ni sangat baik dengan pekerja dia, tak kiralah indon, bangla, myanmar. tapi pekerja sangat hormat dia. saya yang selalu melepak kat office memang kagum lah, bukan je sebab dia husband saya, tapi juga sebab tengok cara dia. sabar dia tu, kalau boss lain,memang tak layan pekerja ni. lantak korang lah kan.. saya pun mungkin akan macam tu juga.. mentang-mentanglah boss..

aniq ni kalau dikirakan, dah beribu dia dapat dari pekerja-pekerja tu. memang rajin bagi duit diorang ni. rajin juga bagi jajan kat aniq. haa..part ni saya kurang suka.. seorang bagi 1 plastik besar yang ada banyak-banyak jajan tu. kalau 3,4 orang? penuh kereta. saya bagi jiran ajelah. aniq makan sikit-sikit sudah. alhamdulillah, murah rezeki aniq, berkat abah dia yang murah hati tolong orang. saya belajar banyak dari my hubby pasal ni. sebab saya ni jenis berkira. itulah selalu saya kata kat adik-adik, tak hensem tak apa, yang penting hati tu yang kita nak pandang.

betul kan??

Pstt : tapi hubby saya hensem tau
.Hahaha.. gelap sebab berpanas je.. ;)