nuffnang

Isnin, 1 Jun 2015

Pandangan saya berkaitan homebirth

Assalamualaikum.. selamat pagi kawan- kawan..

 Hari ni, di pagi ni Sya rasa tak best betul lah. Buka FB dah terbaca pasal doktor doktor bergaduh sebab tak sependapat. Apakah ini? Bergaduh, hentam sana sini.. aduhai.. Sya ni orang awam , bila nampak benda² macam ni jadi geram la pulak.

Ok.. apa sebab diorang ni bergaduh? Puncanya adalah sebab homebirth sahaja. Bagi orang yang berkaitan dengan bidang perubatan, ni Sya ingatkan, 

1. Ini pendapat Sya sebagai orang awam sahaja.
2. Sila Baca dulu sampai habis, baru nak cakap apa² ye..

Thank you..

Ok.. macam Sya kata Kat atas tadi,bergaduh pasal homebirth. Ada 2 doktor, seorang yang menyokong homebirth, seorang lagi menentang.  Bagi orang macam Sya, bila jadi macam ni Sya suka duduk tengah², baca Dan cari info pasal homebirth. Jadi, secara singkatnya Sya bagi tau apa yang Sya dapat. Nak tulis panjang² kang payah korang Baca.

Dari sebelum kecoh pasal homebirth ni, Sya dah cari info pasal bersalin di rumah. Sya pergi klinik Tanya nurse. Masa tu cari info sebab nak sangat bersalin Kat rumah sebab trauma bersalin di hospital. Bukan sikit trauma, serious sampai sekarang kalau ingat Rasa nak nangis. Benda dah 2 tahun berlalu, tapi sikit pun tak boleh lupa. Sebab ini lah Sya belum bersedia nak tambah baby. Tak boleh, memang nak elak sangat bersalin di hospital. Nurse cakap pada Sya , boleh bersalin di rumah dengan bersyarat. Sya pernah cerita pasal ni dulu. Sya tambah lagi ye, sebab info yang dulu tak lengkap. Kita ni dibenarkan bersalin di rumah dengan pengawasan nurse, maksudnya kita minta untuk nurse datang rumah masa kita dah nak bersalin. Diorang akan tunaikan insya Allah ..

So, dari apa yang Sya tau, tak ada pulak hospital or doktor or nurse yang menghalang ibu bersalin di rumah. Kalau diorang menghalang, tak kan pulak diorang tulis Kat situ kan. Cuma mestilah ibu dalam kategori ibu berisiko rendah. Itu info Sya dapat dari hopsital. Sya bersyukur sebab walaupun staf Kat hospital sini banyak yang tak ok, tapi nurse klinik ibu anak sangat² bagus. Sya suka cara kerja diorang. Tak ada marah² orang macam Kat tempat lain. Bila kita tanya, diorang dengan baik nya bagi info apa yang kita nak tau. Jangan ada yang memandai cakap Sya dapat info dari Google ke apa ye. 

Kesimpulan Kat sini sebenarnya, tak salah pun nak bersalin di rumah. Jadi, tak perlulah doktor² Kat FB tu mengamuk mengamuk sakan macam apa ntah. Kita yang orang biasa ni pulak malu tengok perangai masing². Apa salahnya, cakap baik², tapi mestilah bagi info yang betul. Bukan hentam orang macam awak pun sama macam orang yang awak hentam. Bagi tau semua orang,ibu² yang rendah risiko ini boleh Dan dibenarkan bersalin di rumah dengan syarat minta nurse datang rumah. Janganlah asyik nak cakap orang tu sesat la, fatwa baru la.. Sakit hati ibu² ni tau. Geram dengan doktor yg mulut lepas ni. Cili kang baru tau! Tau nak nafikan aje, habis tu apa benda yang ditulis Kat papan tu sekadar tulis aje ke kalau perkhidmatan tu tak wujud?

Ibu ² macam Sya yang teringin sangat nak bersalin di rumah,sebelum mengandung lagi, bincang dengan suami,doktor n nurse. Cara nak dapatkan khidmat nurse bantu kita bersalin Kat rumah. Janganlah cuba² nak bersalin sendiri. BAHAYA! KENA INGAT TU!

Yang nak ibu berisiko tapi nak gentle birth boleh minta dengan hospital. Bincang dengan doktor. Insya Allah ada jalannya. Kita usaha la ye.. jangan putus asa. Sekarang pun dah ada hospital yang birth friendly. Kat mana tu Sya tak pasti,korang boleh tanya² la Kat tempat korang nak bersalin nanti ye..

Semoga selamat lah semuanya.. tak mo gaduh². Ibu ² ada hak untuk dapatkan keselesaan semasa bersalin.Jangan nak nafikan pulak ye.. sekian..

P/s: ini hanya pendapat ibu kampung yang dah berusaha mencari info dengan bertanya pada doktor n nurse. Segala apa yang tertulis Kat sini adalah memang dari mereka bukan rekaan saya sendiri..

Khamis, 28 Mei 2015

miss my blog..

Assalamualaikum... Hi semua..!!  

lamanya saya tak buka blog... weee.. sibuk sangat sekarang ni. tak ada masa nak membebel kat blog. nak buka pun tak ada kesempatan. baru den pegang handhone, Aniq si anak soleh itu pun datang nak handpone mummy juga. leceh la.. Tab yang hubby beli untuk Aniq dulu dah jahanam. ntah kenapa,  bateri cepat sangat habis. lepas tu pulak, charger tab tu rosak. jadi, lantak la. sekarang dia nak rebut mummy dengan abah punyalah. humm.. anak zaman searang memang canggih kan! kita tak ajar pun, pandai aje diorang guna segala gadjet yang ada.

sekarang saya sangat busy. nak habis kan kelas untuk lesen memandu, nak settlekan kerja itu ini kat rumah, nak settlekan masalah adik-adik yang tengah excited nak berniaga. nak cari tapak, nak buat lesen. menang busy sangat. hari-hari lari sana sini, rasa sakit badan. nak pengsan pun ada..hehe.

tapi tak apalah, kata orang, 

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.


haa.. nampak tak.. biar sakit sekarang, nanti senang kemudian. alaa, bukan nak cari senang sangat la. nak mewah sangat ke apa. punyalah kan, nak bisnes memanjang. tapi saje nak adik-adik ni berdikari atas usaha sendiri. tak payah asyik nak makan gaji. alhamdulillah, diorang pun semangat nak berniaga. letih dah kerja dengan orang. harap murah la rezeki kami semua lepas ni, sebab bersungguh nak ikut cara nabi kan.. hehe..perasan la kan.. tak apa, kita usaha, yang lebih tu Allah yang tentukan..

bagi yang ada minat nak berniaga tu, boleh dah pasang angan-angan and mula melangkah sikit-sikit. belajar berniaga. rugi sikit-sikit tu perkara biasa bagi peniaga.janji jangan putus asa. benda yang sama juga saya pesan pada adik-adik saya. harap boleh ladiorang ikut sebab iye la kan, teori semua orang boleh, bila time praktikalnya nanti, Tuhan aje yang tahu payahnya.

bidang bisnes nak kena tabah. jujur saya katakan, saya pun masih baru nak belajar merangkak. nangis juga kadang bila tengok hasil tak macam yng diharapkan. tapi hubby selalu ada, bagi tahu saya bukan selalu kita dapat banyak.. kena sabar..

yep.. sabar.. itulah kunci untuk berjaya. jangan putus asa.. doakan kami ye.. kami pun doakan korang juga.. bye..

love u all.........

Khamis, 7 Mei 2015

selamat pagi Malaysia!

Salam.. hi..

Bangun pagi hari ni rasa lain sikit. Ntah kenapa. Terasa macam masih Kat Bangkok. Wahh.. melampau ye..Haha.. iye la, walau Kat sana tu tak ada lah apa sangat pun, tapi seronok rasanya. 

Mungkin sebab bila bangun, rasa happy hubby ada. Tak payah dia nak bersiap nak pergi kerja. Ada MIL ada anak sedara juga. Mungkin rasa ramai tu yang seronok agaknya.  Ye la, saya kan selalu kena tinggal berdua he dengan Aniq Kat rumah. Bosan dah rasanya.

Sekarang saya dah kurang update blog sebab nya banyak tumpu pada Instagram. Biasalah, nak berniaga ni kena fokus lebih sikit kan. Tak boleh sambil lewa je. Nak fokus 2 Benda dalam 1 masa bukanlah kepakaran  saya. Jadi satu² dulu jalan. 

Apa pun saya harap korang semua tak lupakan saya ye. Kalau rajin, silalah jemput follow Instagram saya. Hehe..  kita chit chat Kat sana ye.. follow tau.. Hehe *tak paksa*