nuffnang

Jumaat, 31 Oktober 2014

selfie with catalyst

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Salam semua.. Hari ni buat apa? Saya sekarang ni kebosanan.  Nak tidur,  tapi tak lelap lagi. Jadi sementara tu update instagram sekejap. Upload gambar2 flash card Catalyst Nutraceutical.

Sekali ternampak nad zainal duta catalyst  dok buat iklan. Ni iklan saje2 je. Ajak ramai2 selfie dgn produk catalyst, lepas tu upload &  tag @catalystforever &  @nad.zainal kat ig.  Saya pun nak join juga. Haha. Tp dengan muka penat + mengantuk ni, tak terlayanlah. Hehe.
Jadi, kita layan gambar nad ajelah ye.  Testimoni nad ni dia lepas pakai collagen,  colla c &  vco. Memang nampak kulit dia lagi ok la kan..



Saya pernah makan collagen tapi sikit je. Sekadar rasa2. Nak beli belum ada kemampuan lagi. Tapi insya allah lepas ni bolehlah try collagen pulak. Ramai yang suka dengan collagen perimeum catalyst ni. Sebab dah namanya collagen kan, antara yang nampak hasilnya dah mestilah kulit.  My MIL pun makan collagen perimeum catalyst. Hari tu berhenti sekejap,  sekarang dah.makan balik. Tapi kali ni saya ganti vco dengan vco delima. Vco delima ni bukan setakat bagus untuk wanita hamil je, tapi bagus juga untuk warga emas.

Sesiapa yang rajin tu bolehlah follow IG saya  Sya_catalyst. Kat sana ada saya letak info2 untuk memudahkan korang tengok tentang catalyst. Kalau rasa susah, boleh bukan Facebook page syaz health and beauty. Kat page ni lagi banyak lah sebab dah lama. Yang ig tu baru je lagi..

Jumaat, 17 Oktober 2014

Bila tangan ku gatal!!

Bagi orang yang banyak guna handphone macam saya ni nak kena ada banyak apps yang berbagai tujuan. Kena install apps watermark, apps instagram, instagram squere &  macam lagi. Tu belum masuk bab game. Kalau game, macam2 game nak masukkan. Penuh memory.

Handphone saya ni bukan banyak apps pun. Banyak gambar je sebenarnya. Gambar Aniq, Aniq, Aniq. Penuh gambar dia. Banyak juga gambar2 dari wassap. Penuh handphone dengan gambar2 dari wassap video dari wassap. Dari banyak, memory handphone saya tinggal 1gb je.

So, nak clearkan semua apa yang dirasakan tak begitu perlu dalam handphone ni. Satu2 saya belek. Gambar yang ada duplicate sampai 2,3 keping tu saya padam je. Memenuhkan memory je ni. Lepas tu padam tu padam ni, rasa puas hati dah. Rupanya tengok balik banyak benda hilang. Sampai kan SwiftKey untuk taip ni pun lesap. Aduhai, apa lah. Lepas tu bookmark yg saya buat pada blog kawan2 pun hilang. Dah nak kena cari satu2 semula. Kan leceh tu. Tapi nak buat macam mana, dah nasib badan. Hehe. Memandai aje tangan tu kan..


Baru ada 5 ni je dalam senarai bookmark yang terbaru saya. Ramai lagi yang nak kena jejak kasih. Hehe.. Menambah keje betullah Sya.. Haihh... Blog dah start malas2 nak update sekarang, jadi pulak macam ni. Nampaknya kalau hilang lagi saya ni faham dah kenapa yek.. Penyakit M la tu.. 

Khamis, 16 Oktober 2014

Berangan.. Kalaulah..

Alkisahnya saya buka facebook. Nak screenshot status Dc catalyst saya, kak hani.  Buka facebook nampak notification dari hubby. Eh, semangat nak tengok sebab jarang hubby bukak facebook. Kira rare la ni. Haha.. Wajib tengok dulu.

Rupa2nya dia komen gambar yang saya tag dia. Gambar2 contoh bilik anak perempuan.



Haha.. Pinky katanya.. Memang la pinky kan, untuk girl. Kalau warna lain ok juga, tapi kurang la kecomelan anak gadis tu.. Haha.. Yela tu, merapu.. Kihkih

Saya dah lama berangan nak anak perempuan, dari Aniq belum lahir lagi.  Udah la masa tu doktor yang scan kata 90% sure yang anak girl. Bukan sekali tp lebih. Ala.. Tak de la yakin dengan kata doktor, tapi sikit 2 mengharap juga lah.. Kesian saya kan.. Hehe

Ehh, sambung yang tadi.  Ikut dalam gambar, nampak cun sangat. Tapi nak buat ni kos lah kan.  Banyak nak guna duit. Jadi, andaikata direzekikan anak perempuan, saya tak buat macam ni la. Lainlah kalau saya jutawan. Ini bukan jutawan tapi cendawan. Cendawan menumpang hubby je. Hehe..

Tapi, kalaulah dapat bilik macam ni, rasanya budak2 tak duduk sangat kot. Mummy dia je yang paling semangat. Dulu kecik2 tak merasa, dah tua2 ni teringin juga. Tapi nak macam ni kat bilik sendiri mau hubby tidur luar nanti kan?  Kan?

Btw, jom layan gambar2 contoh bilik anak2 perempuan yang cantik ni..












P/s: Makin dipandang makin teringin.. Oh my hubby~