nuffnang

Rabu, 18 Jun 2014

Get Well Soon Abah..

Baru- baru ni, semasa hari ahad yg lepas, semua orang happy sebab sambut hari bapa.. Dalam happy nak wish happy fathers day kat abah mertua saya, kami dapat berita abah strok & dimasukkan kehospital. Kami memang sangat2 terkejut sebab baru je petang hari sebelumnya nampak gambar2 yang dia post di facebook. Abah berjalan2 dengan wife dia pergi makan2..

Saya tak dapat nak ikut sebab kenderaan dah tak muat.. Hubby je yg pergi..Saya tidaklah rapat sangat pun dengan abah, tapi bila jadi begini, sedih betul rasanya. Mengikut kata hubby, abah masih belum sedar sepenuhnya. Setekat ni tak ada perkembangan terbaru pun. Memandangkan semua orang terpaksa bekerja, hubby & abang2 ipar saya buat keputusan untuk balik dulu. Lagi pun mak tiri diorang boleh jagakan abah.

Sebenarnya saya agak terkilan, rasa ralat sangat bila ingat permintaan abah supaya rajin2 call dia.. Tapi saya selalu tak berpeluang nak call pun. Ada je hal yang akhirnya buat saya terlupa nak call. Bila begini, saya rasa sedih sangat, risau tak dapat tunaikan permintaan abah sebab doktor cakap dah 50-50.. Apa pun, tak ada daya dan upaya yang lebih hebat dari Allah. Saya tak putus2 doa, minta pada Allah supaya sihatkan abah seperti sediakala. Semoga ada kesempatan buat kami anak2 nak menabur bakti pada abah..Aamiinn.....

Tiada ulasan :