nuffnang

Rabu, 23 Disember 2015

Dah Dapat CF..

Assalamualaikum...

Berita gembira ni sebenarnya saya dapat dah  seminggu lepas tak silap.. Saya rasa pernah juga saya cerita kat sini.. Eh, dah ke belum ekk.. Lupa..hehe... Ada rasanya saya sebut, tapi tak cerita detail kan?

Sebenarnya, ruimah dah siap lama dah. dari bulan 8 ke macam tu. tapi sebab kan pemaju nak dapatkan CF serentak untuk unit semi D yang sama fasa dengan kitorang ni, jadi kami kena tunggu rumah semi D siap dulu lah, baru boleh proceed untuk CF. Ntah macam mana, minggu lepas hubby bagi tahu yang rumah dah dapat CF.. Alhamdulillah! Seronok sangat rasanya. dah tak sabar nak pindah rumah, dah tak sabar nak shopping barang rumah..hehe. tinggal dapat kunci aje ni..

Rumah saya dah siap renovate kat bahagian dalam. Bilik tengah kena pecah untuk jadikan ruang tamu lebih besar, dah siap buat table top untuk dapur. Dah pasang mozek yang kitorang nak.. Sekarang cuma tinggal nak tambah bilik aje lagi. Cuma sebab bilik yang nak tambah ni nak tambah kat luar dari rumah, kena tangguh dulu lah sampai dapat kunci. Mana boleh nak buat dulu, kang marah orang lain tengok. Rumah diorang tak boleh buat, apasal rumah kitorang boleh! kang kecoh .. Sebelah rumah saya, rumah boss hubby. Lagi macam-macam dia dah buat, tapi tu rumah boss besar, siapa boleh pertikai.. iye tak? haha

Ni keadaan rumah masa renovate hari tu. Gambar dah siap saya tak ambil lagi. Sebab masa nak datang melawat hari tu kebetulan ada boss besar. Tak dapat lah masuk. Takut dia nampak, kang tak pasal hubby kena panggil kang.  Iye la, kawasan pembinaan mana boleh masuk sebenarnya. Dah dapat kunci baru boleh masuk. So, tak adalah gambar baru..




Yang ni pulak gambar mozek asal. Tapi sebenarnya tak pasang pun kat rumah saya. Kitorang terus pasang yang kitorang beli. Sebabnya tak nak membazir..



Asalnya mozek ni la.. Ni mozek standart yang  1x1 tu.. yang kitorang punya, 2x2 tak silap saya. tak tahu la ni gambar mozek rumah sape, saya ambik dari phone hubby hahaha...

Yang korang nampak ada dinding kena pecah tu la nak buat ruang tamu tu. Asalnya bilik kedua. Sekarang dah cantik la kawasan tu. Bilik tu nanti akan dialih ke belakang rumah. Kiranya tetap ada 3 bilik la rumah ni. ok la kan.. Insya Allah ada rezeki lain, kita tambah tingkat atas pulak..haha..Verangan je.. Padahal hubby dah bagi tahu, bukan nak duduk pun rumah ni. Sementara aje ni.. Akan datang mungkin jual balik or sewakan aje.. Tengok mana yang lebih berbaloi..

Dah siap ni, rasanya dah mungkin tercapai la cita-cita saya nak berpantang kat rumah sendiri. Tapi kalau tak dapat juga masuk sebelum bersalin, terpaksalah saya cari tempat lain. hurmm.. Tak apalah, masuk lepas pantang pun ok kan.. Mana-mana aje la.. Janji nanti dapat berpantang dengan selesa. Tu pun dah ok..

Lepas ni kena fikir pulak nak beli perabot, nak susun perabot. Pening juga rasanya sebab agak payah nak shopping barang. Kat Muadzam ada, tapi mahal melampau sangatlah. Kena beli kat luar. Kos penghantaran pulak nak kena fikir. Jadi, kena potonglah mana-mana yang agak tak penting tu. Cari yang betul penting dulu..

19 ulasan :

iryantyismail berkata...

alhamdulillah...tahniah sya...wah....leh datang lah kak yan raya ni umah sya :-))

Murni Alysa berkata...

bestnya rumah dah siap..cantik dan luas lagi..

nini berkata...

Bestnya ada rumah sendiri

Unknown berkata...

Alhamdulillah xlama dah tu kunci pula dapat! bestnya..!! tapi sebelum dpt kunci boleh renovate dulu ke yunk? n mgkin xde waranty la kalau da renovate kan..

Mohd Noor Shawal berkata...

yeay shawal follower ke-100 dalam blog ni!! takde hadiah ke.. hehehehe.. :p

bts nak bagitahu, shawal singgah + follow sini ye.. :)

jemput join segmen shawal.. ^^

http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/SegmenBlogwalking.html

Unknown berkata...

@iryanty ahamad boleh kak yan...marilah datang...segamat dgn muadzam dekata je.. :)

Unknown berkata...

@Murni Alysa nampak aje luas..sebenarnya biasa2 je..hehe..

Unknown berkata...

@nini Alhamdulillah..rezeki anak ...

Unknown berkata...

@azizah green line Tak boleh patutnya Jijah.. Tapi kitorang special kes atas izin boss hubby.. :)

Unknown berkata...

@Mohd Noor Shawal Alamak!!.. hadiah ke??hehe.. xde la pulak..haha..btw, tahniah sebab dah jd yg ke 100..kikiki

Shalimar Yusof berkata...

Alhamdulillah...rezeki Sya....bestkn dpt rumah sndiri

Unknown berkata...

Alhamdulillah, rasa excited kan nk deco2 rumah sendiri. Hehe

Puan Kutu berkata...

Alhamdulillah tahniah dah bileh masuk rumah baru..seronoklah ye meati excited sangat nak mendeco2 eric

Eintan Nurfuzie berkata...

bestnya dah de rumah sndri

fragmenbiru berkata...

Alhamdulillah.. tahniah

She Is Farahain berkata...

wahh bestnyaaa.. :)

Mia Liana berkata...

wah... bestnya...


pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #21 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/12/senarai-url-blog-21.html

maaf ya sangat-sangat, mia baru je sempat nak blogwalking ni... (^_^)

Mime MF berkata...

wah rumah baru...bestnya²!!☺

QasehnyaRania berkata...

bestnya kan dpt msuk ddk rumah sendiri
rumah kami, dibuat sewa je skrg..

bila due date sya ?