nuffnang

Memaparkan catatan dengan label 5 bulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 5 bulan. Papar semua catatan

Selasa, 26 November 2013

Aniq 'Cartoon' Belajar Merangkak

Seronok sangat la hari ni. Macam2 keletah Aniq hari ni. Sampai letih melayan dia. Hari ni dia bangun da sengih2. Seronok je tengok dia macam tu, sweet sangat senyum. Guling sana sini, saya biarkan aje.

 Tiba2 nampak macam dia buat sesuatu. Intai2 rupanya tengah nak cuba2 angkat badan and luruskan tangan macam nak merangkak tu. Aduhh...punyalah seronoknya saya tengok. Saya perhati je gelagat dia. Tapi sekejap aje boleh tahan, lepas tu jatuh balik. Tak pe, baru nak belajar kan???

Hari ni pun nak pergi klinik. Aniq nak kena cucuk untuk umur 5 bulan. Awal2 tu dia ok je, baik je tak berbunyi. Bila dah lama sikit, mulalah dia bosan. Mula lah nak melompat2. Nak capai itu, capai ini. Orang tengok je,haha..segan pulak rasanya.

Masa timbang, berat dia just naik 400gm. Aduhai...kesiannya..Tu pun sempat dia tendang penimbang, kena la nurse adjust balik.. Nurse menulis dia kacau, tarik buku nurse, tarik kertas kat meja nurse. Nak enject tu lagilah dia sakan melompat. haha..apa yang seronok sangat tak tahu.

Susah sangat nak enject sebab sakan nak melompat tu, terpaksalah mintak tolong sorang lagi nurse pegang kaki dia. Saya pegang tangan and badan. menjerit dia orang buat macam tu. Tapi kejap je, lepas je enject,semua dah lepas dia, senyap terus. langsung tak nangis. Tabah betul anak mummy ni.

Sebabkan dia kecik and sangat lasak, nurse panggil dia baby cartoon.. haha.. gelak ajela saya. Haih...Aniq..Aniq..

P/s : nanti Aniq dah besar mesti malukan bila baca saya tulis ni. Mesti dia tak sangka dia macam tu..hehe


Isnin, 25 November 2013

Aniq Gigit Abah

Hari ni bertambah lagi kebolehan Aniq. Sekarang dia dah pandai menggigit!! Haha. 

Sebelum ni, kalau hulur apa2, dia just masuk dalam mulut je, gigit pun tak kuat mana. Tapi sekarang dah pandai menggigit kuat. Yang kena gigit tadi my hubby la.. Haha,sape suruh hulur jari kat Aniq. Dia ngap ajela.

Nasib baik belum tumbuh gigi, kalau tak dah mesti Aniq kena marah.  Haha.  Kuat juga dia gigit. Aniq sekarang dah masuk 5 bulan, dah pandai macam2. Seronok tengok dia.

Jumaat, 8 November 2013

Masih berbedung.







Anak teruna saya yang baik ni, dah nak masuk 5 bulan. Sampai je tarikh 24/11/13 ni dah cukuplah 5 bulan. Tapi sayang saya ni masih lagi nak berbedung time tidur. Kalau tak,memang tak nak tidur.

Selalunya tidaklah dia tu tak nak tidur langsung kalau tak bedung. Tapi payah lena and mudah sangat terjaga. Nasib baik badan kecik,muat lagilah bedung tu Aniq pakai.

Ada orang cakap pada saya yang tak elok bedung2 anak. Nanti struktur badan dia tak membesar elok. Ntahlah,pada saya susahlah nak percaya. Sebab ummy saya pun bedungkan kami time kecik xde pulak jadi cacat ke ape. Kalau orang ikat ketat2 tu saya tak tahulah kan..

Apa2 pun mommies, zaman memang dah berubah. Kita makin moden. Tapi tidaklah semua cara orang dulu2 tu tak boleh pakai. Cuma berpada2lah. Jangan sampai seksa anak k.. Peace.. <3