nuffnang

Sabtu, 27 Disember 2014

Kencing kotor

Saya demam dah banyak hari. Awalnya cuma rasa sakit pada bahagian pinggang sebelah kiri. Tiba² sakit tu berjangkit ke sebelah kanan. Saya dah tak sedap hati, saya pergilah klinik.

Ye, macam yang saya jangka, saya kena kencing kotor. Agak teruk kali ni. Memandangkan selalunya kencing kotor ni kena pada orang mengandung, doktor pun buat pregnant test sekali. Sekali negatif da.. Ok.. Yang part tak best, kuman yang ada tu agak teruk. Doktor bekalkan antibiotics untuk seminggu, tapi lepas seminggu saya kena datang lagi untuk check. Kalau belum ok lagi, kena lagi makan antibiotik.


Ni 3 jenis ubat yang kena makan. Antibiotic, tahan sakit &  lawas kencing 


Saya ada tanya pada doktor punca kenapa kena kencing kotor. So, jawapan doktor, kurang minum air, jangkitan kuman dari keputihan &  ada lagi lah.. Lupa dah.. Haha.. Pasal kurang minum air tu kan, memang kena lah kat saya. Susah sangat nak minum air putih. Kalau minum yang manis, lagilah bertambah buruk sakit tu sebab air kencing memekat. Lagi susah nak keluar, lepas tu kuman pun bertambah dengan banyaknya. Ish.. Takut giler.

Antara simptom yang saya kena tu, mula² sakit belakang, sakit bahagian pinggang. Pastu rasa sakit bila buang air kecil. Bila rasa nak membuang je, yang keluar tak banyak pun. Tapi rasa macam nak kencing lagi. Seksa yang amat. Lepas tu boleh jadi sampai demam &  menggigil juga. Menggigil dengan sangat teruk. Satu badan menggigil sampai jadi kebas dari kepala sampai kaki. Punya lah teruk, sampai saya rasa hilang ingatan kejap. Saya tak ingat apa² pun. Bila nak ingat, jadi sakit kepala.. Hubby yang terpaksa kerja terpaksa balik sekejap² tengok saya &  Aniq. Huhu.. Kesian Aniq. Tak ada siapa nak jaga dia. Selalu kalau mummy sakit, abahnya bawa Aniq masuk site. Tapi sekarang kan musim hujan, macam mana nak bawa..

Alhamdulillah, malam ni dah ok sikit. Dapatlah berjalan &  update blog. Dapat juga blogwalking pada 4,5 blog lepas bercuti blogwalking beberapa hari. Harap² esok lusa sihatlah saya ni. Tak sanggup tengok Aniq yang kena bawa diri sendiri. Mummy memang tak larat sayang. Malam ni lah, baru dapat main² dengan dia.. Sedih tau..

Dah alang² cerita pasal kencing kotor ni, saya kongsi sikitlah apa doktor pesan untuk elak terkena kencing kotor.

- kerap minum air putih. Bila banyak minum, rasa nak buang pulak, jangan tahan. Buang je.
-jaga kebersihan bahagian intim tu. Perempuan sangat mudah kena berbanding lelaki. Jadi, kena jaga lebih, ok?
-bila dah buang air, jangan cuci dari belakang ke depan. Ini untuk elakkan bakteria dari sana tak merebak ke depan pulak.

Bila dah kena atau pun tak nak kena, kena minum air putih banyak². Fuh.. Mencabar betul bagi saya yang dari kecik susah nak minum air walaupun air manis. Tak apalah, paksa lagi.

Korang² pun kena jaga ye. Perempuan sangat mudah kena sakit ni. Kalau dah rasa terkena tu cepat² ambil ubat, sebab kalau kuman tu dah merebak ke buah pinggang lagi bahaya. Ibu mengandung pun kena ambil serius, sebab takut baby boleh kena jangkitan juga.. 

Jumaat, 26 Disember 2014

Cili terpedas di dunia..


Korang pernah tengok tak cili ni? Sape pernah jumpa mesti tau ni cili apa kan?  Saya dapat benih cili ni dari MIL saya. Katanya pedas sangat. So, sampai ke hari ni saya masih belum try.. Tak berani..

Sebelum ni saya tak pernah tau pun nama cili ni.. Baru tadi saya Google, owh.. Baru tau.. Inilah rupanya ghost chili a.k.a cili hantu. Owh.. Cili ni memang pedas giler tau.. Ni lah yang paling pedas di dunia setakat ni..

Memandangkan saya dah tau ni cili hantu yang memang terkenal dengan kepedasan nya, lagi lah saya takut nak cuba. Tapi saya tanam. Adik saya pernah try guna sebelah je masuk dalam megi, langsung tak boleh makan. Pedas yang teramat sangat, last² buang je..

Anak kawan MIL tak percaya cili ni pedas, Dia nak buat ulam, ha, belum sempat kunyah yg dia gigit tu, dah berlari cari air.. Tu lah, orang cakap tak caya.. Hehe..

Lepas ni, saya nak buat GA, saya nak bagi hadiah cili ni lah.. Korang boleh guna untuk tanam sebab cili ni comel.. Hihi.. Ok X.. Agak² ada Yg nak tak? 

Khamis, 25 Disember 2014

Apps lock..

Aniq ni biasalah,  anak milenium, generasi alpha. Bab gadget ni tak payah nak ajar sangat pun,  sendiri boleh pandai. Tapi kalau dah pandai sangat ni, susah pulak la mummy. Semua handphone dia nak conquer.  Setakat conquer ok lagi, tapi kalau dah tukar setting, tak ke haru tu kan...

Jadi, apa penyelesaian yang terbaik? Lepas godek² handphone cap ayam ni, baru perasan handphone ni pun boleh lock apps. Haha.. Inilah yang dicari selama ni.. Napelah baru sekarang perasan.. Hehe he. Dengan bangga nya sekarang, apps dah kena lock.. Aniq dah tak boleh wassap orang, tak boleh upload gambar sesuka hati, dah tak boleh habiskan kredit mummy untuk call orang..


Nampak, WhatsApp pun dah kena lock


Tapi, kalau dah kata anak gen milinea ni memang semula jadi pandai guna gadget, dia tak boleh buat ini, dia buat itu.. Tak dapat buka, hempas aje kat lantai.. Uwarghhhh.. Mujur mummy ni tengah belajar sabar. Tak de lah nak jadi monster. Jadi monster kang, sendiri menyesal.. Huhu

P/s: tak apalah, rosak handphone mummy, boleh minta handphone baru dari abah.. Hehe.. Best²..