nuffnang

Jumaat, 13 Mac 2015

let it go~


Ini jam tangan ALBA yang original. Hubby belikan untuk saya masa bulan 12 hujung tahun 2014 hari tu. Masa tu saya baru je masuk masuk kelas untuk lesen memandu saya tu. Balik dari kelas,hubby ajak cari jam. Tapi hubby kata tu bukan hadiah. Dia saje nak bagi. Ok, saya tak kisah.. saya terima.

Tapi masa tu agak kesuntukan masa. Kita tak banyak pilihan sangat nak pilih jam. Dah puas round 1 segamat tu, masih belum jumpa yang betul² berkenan dihati. Sebenarnya ada,tapi masa tu fikir tak nak beli yang mahal sangat sebab saya dah faham dah saya ni macam mana.. lasak sangat. Kang baru pakai dah jahanam. Tu belum kita bab terlupa lagi. So, saya tak nak menyesal, saya cari dalam harga yang saya sendiri mampu nak beli.  Jadi, dapatlah jam ni.

Tapi dah balik, saya kurang berkenan. Mungkin sebab tak begitu menepati menepati citarasa saya. Saya pakai memang jarang sangat. aih ,apa nak buat,dah tak minat. So, lepas bincang² dengan hubby, saya nak let go jam ni. Saya nak jual dalam rm1++ je dari harga rm2++..

Jam ni masih cantik. Sebab baru beberapa bulan beli and sangat jarang pakai. Warranty pun masih ada. Saya akan bagi dengan kotak & warranty nya sekali kalau nak beli.

Owh..lupa nak bagi tau. Reason saya jual jam ni  sebab saya nak cari jam baru. Saya tak nak lah simpan banyak². Nanti kena hisab pulak Kat akhirat. Simpan harta, tapi tak digunakan. Mujur bukan emas. Kalau tak, kena zakat pulak nanti.

Ok, kalau ada yang berminat boleh wassap saya ye. Nanti saya bagi gambar yang lebih jelas lagi.  Sila simpan ye nombor saya.. 013- 985 5875.. my name is Sya Nadia.. boleh nak panggil Sya atau Nadia.. bagi tahu lah pada kawan², mana tau ada yang berkenan nak cari jam.. saya boleh turunkan lagi harga tu.. :)

5 ulasan :

Unknown berkata...

alaa sayangnya..simpan la hadiah dr suami tu..

iryantyismail berkata...

nak beli tapi tangan tak muat..huhuhu...nantilah akak tanya kawan2...mana tahu ada yg berkenan

Puan Kutu berkata...

akk tak berapa minta pakai jam,klu pakai pun Jenis sporty.hehe

Pha Is berkata...

dulu saya ada jam alba ori. tapi skrg dah hilang kena curi.. hmm..
smoga berjaya cari pembeli jam tu...

QasehnyaRania berkata...

ala sayangnya