nuffnang

Khamis, 6 Mac 2014

Taman Dalam Rumah.

Saya dah lama teringin nak ada taman bunga kat sekeliling rumah. Banyak jenis bunga, kembang elok je sepanjang tahun. Kalau ada tanah ni memang best sangat2 la. Tapi rumah yang sekarang saya duduk ni rumah yang kitorang sewa je. Tak kan nak tanam macam2 lepas tu tinggal pulak kan? Sayang la macam tu.

Rumah yang kitorang rancang nak beli tu belum pun mula jual. Insya Allah kalau bulan 4 ni tak ada hal, nak la beli rumah. Cari rumah corner lot. Ada tanah, boleh la nak menanam.  Saya dengan hubby dah berangan-angan nak taman kat situ. *Doakan kami dapat ye beli rumah tu nanti..*

Dulu masa saya cakap dengan hubby nak buat taman, saya risau dia tak nak. Yela...Orang lelaki,biasanya tak minat la dengan bunga. Rupanya dia lagi excited dari saya. Dia dah rancang dah nak tanam bunga apa. Cisss... Padahal saya bukan lah nak tanam bunga semata-mata. Nak la tanam herba, pokok sayur,pokok buah..*pokok buah tu macam over la pulak kan..* My hubby ni nak tanam bunga aje yang dia fikir. Korang nak tau dia nak tanam apa? Nak tanam pokok lavender. Asyik2 sebut lavender. Sampai pening saya. Boleh ke lavender hidup kat Malaysia ni? Tak pernah jumpa orang tanam pun...

My hubby ni tersangat suka lavender tau, sebabnya masa dia pergi rumah abang ipar saya tu si Abang Abot *sebutan nya Abert*, My hubby nampak kat rumah Abang Abot ada pokok lavender. Apa lagi, dia nak juga lah.. tapi sampai sekarang tak pernah pun sampai pokoknya lagi..hehe.. Mesti Abang Abot lupa la tu.. baguslah lupa, seba saya tak tau nak tanam kat mana.. Kang mati pokok tu pulak..

Saya tak pernah pergi lagi rumah Abang Abot tapi selalu tengok gambar rumah dia. Hampir setiap tahun berubah. Tahun lepas dia renovate rumah bagi besar. Cantik sangat macam kat hotel. kebun2 dia....... jeles saya tengok.. Banyak sangat bunga yang cantik2.. Pokok2 sayur semua tumbuh elok je..Cuba tengok gambar2 kat bawah ni, semua dari tanam kat rumah Abang Abot.. Cantik2 kan bunga dia. 


























Dari tengok tu saya dah dapat gambaran sikit2 nak design taman saya kalau dapat rumah sendiri nanti. Kalau betul Lavender boleh hidup kat Malaysia, boleh la minta Abang Abot bawak balik. Saya pun suka juga lavender tapi tak la mcam orang tu..excited terlebih..hehe


Korang.. Akak2, adik2,abang2 semua. Doakan kitorang dapat tau rumah tu nanti ye....:)

5 ulasan :

msredcheesecake berkata...

akk tak minat bunga, nak tanam bunga lagilah... hasben minat

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum awak, best sangat kalau rumah ada pokok2 cantik ni kan. terasa duk dalam hutan. hehe sheila doakan urusan kalian beli rumah dipermudahkan. hehehe ~~~

no more love u in my life berkata...

wah cantik bunga...mesty rumah jd taman bunga bila bnyak bunga..hana suke...

Aisy Nasiha berkata...

Bagusnya bercita2 nak ada taman. Mesti rajin ni.. akak suka ada taman tapi malas nak jaga.. mmg tak dapat la. Kalau ke rumah orang yg ada taman, mulalah ambik gambo.. hihi..

Macam nk beli je vco utk luka tu? Mcm mana?

Unknown berkata...

@Aisy Nasiha nak kata rajin sgt tu tidaklah, tp semangat lebih sbb hubby pun suka bertanam ni..

yg vco tu kalau akk nak yg sya jual, akk email sya ye.. syahidatul8[at]gmail[dot]com