nuffnang

Sabtu, 11 Oktober 2014

Aniq & layang-layang

Ni cerita bulan lepas. Aniq 1st time tengok layang - layang and try main layang - layang. Layang - layang ni hubby beli masa shoping kat kedai dua ringgit. Lama dah tak main katanya. Jadi, beli juga walaupun saya tahu dia tak main pun nanti. Haha

Masa keluarkan layang - layang ni, bukan main pun. Keluarkan sebab menyemak, beli tapi tak main. Kebetulan time tu cuaca elok sangat, hubby pun  tinggal jap kebun bunga dia, pi main layang - layang pulak. Aniq time ni 1st time tengok. Mula - mula dia tak layan sangat pun. Tapi bila dah terbang, seronok dia nak kejar.

Hubby kan dah bambam  (kata orang.. Hehe) lari kejap dah mengah. Lepas tu pas baton kat saya. Ehh, tak boleh lah. Kalau saya yang main, Aniq ni siapa nak jaga? Kebetulan adik saya si ayie keluar. Saya suruh dia terbangkan. Seronok sangat tengok Aniq. Terkekek - kekek dia gelak. Pak teh pulak lari bawa layang - layang sambil dukung dia. Lagi lah dia suka.

Tengah Best main tu, tiba2 angin kuat. Layang - layang dah putus tali, tersangkut pulak atas bumbung rumah jiran. Bila bawa turun, dan koyak. Tak dapat nak main lagi dah. Kesian Aniq.  Nak buat macam mana, layang - layang murah.


Pak teh Aniq berlari sambil dukung Aniq n terbangkan layang-layang

P/s: petang tadi cuaca elok sangat kah opus hubby.  Dia suruh buat layang-layang. Hurmm.. Tak adalah rajinnnya saya nak membuatnya. Lain kali aje la.. Hehe 

3 ulasan :

Ainim Suju berkata...

kalau cuaca elok memang seronok main layang-layang

Aisya A. berkata...

dulu kecik2 selalu lah main layang dgn abg sepupu.. buat layang2 besar2.. hehe

ziezah.com berkata...

mmg seronok main layang2 ni..lebih2 lagi terbang tinggi