nuffnang

Khamis, 9 Oktober 2014

Aniq tengok lembu korban.

Masa raya haji baru2 ni kitorang beraya kat kampung my hubby. Kampung lipat kajang, Temerloh, Pahang. Tahun lepas masa raya haji, kitorang buat sekali dengan aqiqah untuk Aniq. Tahun ni cuma buat korban untuk arwah atuk n nenek sebelah umy saya je. Itu pun wakilkan masjid saja yang buat.

Tahun lepas kitorang tak sempat nak tengok masa sembelih lembu aqiqah Aniq tu. Tahun ni, kebetulan MIL ajak tengok di masjid. Asalnya bukan nak tengok lembu, tapi MIL saya ni ajk masjid. Jadi ada hal sikit kat sana.

Sampai sana tu, kebetulan masih lagi ada lembu yang nak disembelih. Hubby nak pegi tengok. Dia dukung Aniq. Masa mula nak sembelih tu, saya lari jauh2. Fuh,  air mata dah nak mengalir tu. Sebelum menangis teruk, baik saya angkat kaki dulu. Saya ni, anak kucing orang tinggal pun saya nangis tersedu-sedu. Lembut sangat hatinya..

Dari jauh tu saya dengar bunyi lembu tu. Tak kuat sangat.  Mujur sekejap je. Cekap orang yang sembelih tu. Kata hubby, memang sekejap je. Kalau selalu, ambil masa sikit. Yang ni mudah &  cepat sangat. Alhamdulillah sangat kan. Tak seksa lembu tu. Saya pun tak terseksa dengar bunyi lembu. Kang sedih sangat, tak tahu mana nak lari. Dah la kat belakang masjid tu sungai Pahang. Kang tak pasal2 jatuh dalam sungai. Lagi naya!

Tapi sayang, gambar Aniq tengok orang sembelih lembu tak ada gara2 mummy yang penakut. Tak apalah, next year kalau ada rezeki, kita buat korban mummy ambil gambar Aniq dengan abah. 

1 ulasan :

azizah :) berkata...

samalah.. tak dapat nak amik gambar lembu masa raya hari tu.. next year pula kan.. dah besar sikit