nuffnang

Khamis, 2 Oktober 2014

Kisah sedih 2 oktober..

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Petang ni rasa emosi sikit. Banyak sebab nya.  Malam tadi baru tau pasal harga minyak naik. Jujur nya naik berapa sekalipun bukan kita boleh buat apa. Keputusan bukan kat tangan kita. Nak tak nak telan aje sambil doa &  sabar. Moga 2 adalah perubahan positif nanti. Kat group wassap dok cerita pasal 20 sen je.  Nak tergelak pun ada. 



Tu cerita malam tadi. Ni cerita pagi pulak. Kes nya  budak jatuh dari siling sekolah. Menitis air mata bila tengok gambar arwah tu. Sungguh, sayu sangat. Saya terfikir apa perasaan saya kalau family saya yg kena. Allahuakbar, sedih tak tau nak kata lah. Semoga tenang roh adik tu di sana. Al- Fatehah untuk dia. 

Kita tak tau masa kita pulak nanti &  cara mcm mana. Sebab tu saya walaupun geram tahap tak ingat pasal minyak ni, cuba tak keluar perkataan yg bukan2 &  cuba sabar. Manalah kita tau, dok maki hamun orang, tetibe Allah tarik nyawa. Nauzubillahiminzalik. 

Nota kaki: sabar ye korang... Sabar..  

Tiada ulasan :