nuffnang

Selasa, 7 Oktober 2014

Kedekutnya Tuan Rumah!!





He hehe.. Tengok, siap tulis &  tampal lagi tu kau. Tak bagi orang usik punya pasal. Hubby saya cakap, kedekut betul tuan rumah ni, ada kerusi, tapi tak bagi guna. Haha.. Saya gelak je. Biarlah kan, saya yang kemas. Saya tak mo orang sepah kan. Jadi, tulis siap2. Cakap je orang asyik lupa. Kalau macam ni pun lupa lagi, memang nak kena.

Sebenarnya bukan tak bagi guna langsung. Tapi maknanya kena ingat, lepas ambil, letak balik macam semula. Kalau tak mo kena bebel. Adik2 saya yang duduk dengan saya ni semuanya lelaki. Tak berapa nak rajin pulak tu. Haaa.. Ni makan dia. Kihkihkih.  (kalau korang tak nak akak bising2,baik jangan buat)

Diorang ni bukan tak diajar mengemas, tapi suka menangguh. Nanti lah kemas,. Lepas tu tak kemas langsung. Kalau umy saya datang, bisinglah dia. Katanya, "anak lelaki ni, walaupun kamu tu lelaki, jangan ingat tak kena buat kerja rumah.. Bla..  Bla.. Bla.. Arwah atuk dulu, pantang kalau anak lelaki duduk rumah goyang kaki. " haha, kena kau sebijik. 

3 ulasan :

Aisya A. berkata...

bapa sy jenis yg suka letak note2 mcm ni.. bukan sebab nak ingatkan anak2 je, nak ingatkan dia sekali.. hikhik

azizah :) berkata...

hehhee terbaik punya note supaya org takut nak guna lagi...

Aisy Nasiha berkata...

Kaedah yang baik ni.. haha.. macam adegan cerita p ramlee pulak