nuffnang

Selasa, 14 Oktober 2014

Luahan hati pepagi buta!

Mood saya sangat tak ok sekarang ni. Pagi2 buta dah terima pesanan orang yang dalamnya ada marah2 kat saya &  adik. Cara cakap tu kasar sungguh. Mula 2 baca sangat terkejut.  Lepas tu slow2 sy balas pesanan tu dengan menjelaskan apa yang tak betul. Tapi, masa tengah balas tu saya baca sekali lagi sebab banyak persoalan orang tu. Saya nak jawab semua pertanyaan dia tu. Pandai2 je kaitkan saya dengan benda yang terang terangan tak ada melibatkan saya. Dia bengang dengan adik saya, tapi tak dapat nak contact, saya pulak jadi mangsa. Sakit hati betul!

Apa yang sedihnya, masa baca semula tu saya rasa marah. Sampai menggigil saya menahan marah.. Mula2 tu just macam nak tanya, tapi ayat seterusnya tu macam dah nak bergaduh pulak. Apakah dia je ada perasaan? Allah, terluka sungguh saya. Sangat2 terluka. Tak boleh ke dia tanya saya elok2? Tanya saya, kenapa ye begini & begitu. Bukan kenapa ko macam ni! Kita ni bukan pandai sangat and bla bla bla.. Tu bukan tanya, tu nak mengamuk!  Saya yang selalu tak berani mengamuk dengan orang ni dah jadi singa harimau pulak. Betul2 menyakitkan hati!


Sumber: google


Pulak tu, ada yang dia cakap tu benda  yang saya tak buat pun. Semua apa dia cakap tu salah. Dia yang salah faham , dia yang emo tak tentu pasal, lepas tu terus nak hentam orang? Bila saya dah jelaskan apa yang berlaku, baru dia sedar yang dia salah. Tapi setakat gitu je. Langsung tak ada sorry padahal hati saya ni pedih, terguris dengan kata2 dia. Dia selamba je cakap sekarangkan musim orang marah2.(pasal minyak naik dsb) Pastu suruh saya jangan marah2. Dah dia marah2 saya tak tentu pasal tu boleh pula kan?  Saya marah sebabnya dia cakap benda yang saya &  adik tak buat pun!  Nak cakap pun agak2 lah. Dah la tak ada sorry..

Masa mula2 saya balas pesanan dia tu, saya ok je. Saya kata saya tak marah dia. Saya ok. Tapi bila nampak je pesanan tu lagi, hati saya mendidih. Sudah la tak balas pertanyaan saya yang last, lepas tu tak ada sorry.(saya ada tanya dia soalan pasal dia marah saya). Tak nak pula dia balas. sedih tau tak!  Macam dia je pandai marah!

Saya tak bagi tak tau hubby &  adik pun pasal ni. Saya takut diorang pun terasa hati. Cukuplah saya simpan sakit seorang. Biarlah saya je yang tau apa yang orang ni kata &  siapa orangnya. Saya rasa, saya boleh maafkan &  lupakan saja tadi kalau dia elok balas apa yang saya tanya yang last tu. Tapi dia ambil keputusan nak senyap kan diri lepas marah2 tak tentu pasal pada mulanya. Terus jadi panas hati saya. Ntah la ye, susah nak kata. Selama ni saya tak rasa nak benci orang. Sekarang rasa benci pulak. Allah, bantu lah hamba-Mu ini. Kawan2,tolong doakan saya supaya maafkan &  lupakan kesalahan orang pada saya &  ingat kesalahan saya pada orang. Siapalah saya nak benci orang lain. Manusia hina ni tak layak nak benci atau tak suka pada orang lain pun..

Diwaktu ni, saya rasa sedikit lega dapat luahkan perasaan. Seksa rasanya simpan sendiri. Pada yang berkenaan tu, maafkan sebab mencoret tentang 'itu'  kat blog ni. Saya tak tulis siapa anda. Hanya orang yang tahu  yang mengetahui. Ini hanyalah luahan hati saya yang terlampau sedih. Lepas ni tolong jangan buat begini pada orang lain. Mungkin kita jenis tak takut apa orang nak kata tentang kita yang berani ni. Mungkin kita tak kisah pun nak melahar orang dengan kata2 kita. Tapi kena ingat, dalam tak puas hati pun, luahkanlah dengan berhemah.  Agar kita &  orang yang kita geram tu sama2 dapat ketenangan  &  tak jadi pergaduhan atau terasa hati hingga kesudah.. Kalau salah tu sebenarnya dari pihak kita sendiri kan dah malu. Sampai tak minta maaf pulak. Kan lagi teruk tu.. Jadi itulah dia hikmah dalam menegur secara berhemah.

Sekian dari saya.. Sekali lagi saya minta maaf pada yang berkenaan..

P/s: dah lega sikit ni, dah tak de sampai rasa nak benci. Tapi bila ingat balik tetap rasa sakit hati. Tak apalah, Allah nak suruh saya jadi orang yang berlapang dada la tu kan. Sabar dengan kerenah manusia yang kekadang sangat menguji kesabaran.

Sumber: google

3 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

Siannya gitu.. tak pasal2 kena marah pasal benda yang tak buat..
Banyakkan sabar ya.. kalau dianaiaya ni doa lebih makbul..
Moga orang yang marah2 tu diberikan hidayah oleh Allah dan berubah lepas ni..

Aisya A. berkata...

hampir setiap hari layan perangai org begini kt ofis. jenis yg terus sembur je. bila kita explain, jawab pendek, ok je bila dia tau silapnya dari dia..
sabar je lah kan.. selalu cakap dgn diri sendiri "whtever je lah org mcm tu". Tak kuasa nak sakit hati sebab org2 mcm ni. tak layak diingati pun. nak sakitkan hati kite pun dia tak layak. hehe

ziezah.com berkata...

siann... sakit hati bila tak pasal2 kena marah..eee