nuffnang

Jumaat, 23 Januari 2015

soalan maut..

Masa kitorang balik kampung hari tu, semua teruja tengok baby abang ipar saya. Bukan lah 1st time jumpa,baby pun dah 7bulan.. tapi sebelum ni Aniq tak nak dekat dengan baby ni. Maybe dia takut kot. Sekarang dah berani. Cium²,pegang² baby. Seronok pulak tengok anak soleh saya ni..hehe..tak sangka dia suka baby..

So, dalam perjalanan balik ke muadzam ,my hubby keluar soalan maut dia.. " bila nak ada baby?" Hehehe.. apa jawapan saya? Saya cakap, boleh je nak baby baru. Tapi... ada tapi tu..haha.. syaratnya mudah je, kena tunggu lagi 1 tahun setengah.. why?? Sebab saya kan bersalin bedah. Saya tak nak risiko kan kesihatan saya sesuka hati. Cukup lah pengajaran dari adik saya yang tak  sabar sangat nak tunggu 3 tahun. Baby bermasalah,terpaksa di awalkan bersalin. Bedah sekali lagi.. oh.. no.
. Saya tak nak.. cukup sekali bedah, saya dah tak nak.

Hubby dengar,dia senyum je.. dia dah tau jawapan saya. Dia pun tak paksa. Memang memahami la keadaan saya kan. Actually dah banyak Kali kitorang bincang pasal nak tambah baby baru. Dua² kitorang  excited sebenarnya. Tapi kenalah sabar kan. Kalau ikutkan hati, tak nak tunggu dah. Lama tak ulit baby,jadi rindu..hehe.. tapi Aniq si anak soleh ni pun masih baby juga. Masih seronok nak ulit juga. Cuma baby tua ni dah pandai cakap 'nanak' bila mummy nak cium dia.. (pandai sangat 'nanak', babab baru tau)

So,kita tunggu aje la sampai masa yang sesuai. Masa ni masa untuk Aniq,bagi dia manja puas². Harap, bila ada adik nanti, dia bagi chance la Kat adik nak bermanja pulak..hihihi

7 ulasan :

iryantyismail berkata...

wah aniq dah nak adik yer..setahun setengah tak lama aniq...dapat lah aniq demand dulu sementara lom ada adik ni..huhu

Unknown berkata...

inshaaAllah boleh normal sya..doa banyak2.. jijah xsabar nak mengandung lg..hakimi baru 1y4m czer,baby besar..hahahhaa

Unknown berkata...

aniq takde pulak tanya bila dia nk ada adik? hehe

QasehnyaRania berkata...

hihihi..
risiko kan
tapi kan adik ipar ciksu tahun ni bersalin bedah, next year pon bersalin bedah juga. nurse tu..
kita kalau pergi klnik comfirm kena pot pet kan.
ini la itu la.. tak pndai rancang la.. apa la kN..

kena balik pada fitrah. semua tu rezeki dari Allah..

Aisy Nasiha berkata...

Haha.. duk sebut2 ni kot2 lepas ni ada rezeki ...hihi.. apa2 pun ok tu. Usia Aniq takla kecil sangat lagi tu. Kalau nak tunggu lagi pun ok juga.. dah dua nati kalut, kalau salah satu dah besar sikit mudahla nk handle..

Maria Firdz berkata...

Hihi... X sbr ye hubby nk tmbh ahli tu...

Cik Rose berkata...

Moga dipermudahkan..jangan risau.. Setiap orang tak sama.. Kakak Ros, Alhamdulillah ok ;) Aniq ade tanya tak? Hihi