nuffnang

Sabtu, 24 Januari 2015

study~ study~study

Dah seminggu ni saya kurang update blog. Setakat buka email lepas tu publish comment je yang dapat. Kalau ada masa lebih, baru saya update blog sambil blogwalking.

Hari ni dah sabtu,last day untuk pulun baca sambil menghafal untuk exam esok. Huhu.. wish me luck!  Btw,mesti ada yang tertanya kenapa esok? Kan esok pahang cuti hari ahad? Memang lah ahad Pahang cuti, tapi saya ambil lesen Kat segamat. Johor kan kerja esok, jadi dapatlah kitorang berurusan rasmi  lepas tu berjalan- jalan Kat sana. Best berjiran dengan negeri yang berlainan cuti ni tau .. :)

Cerita pasal study ni, saya nak tunjuk Kat korang buku yang saya Baca ni. Buku sekarang tak sama langsung dengan buku dulu. Buku dulu kena buat latihan kan? Sekarang hafal je. Buku dia macam ni..




Ni memang hafal aje la. Yang latihan memang dah tak ada. Lepas tu ada lagi 1 buku yang JPJ  wajibkan beli berharga rm18. Ni tak termasuk dalam yang kita bayar untuk ambil lesen tau. Ni kena bayar lain,tapi wajib kena ambil. Ni nampak macam buku teks aje. Udah la besor,berat pulak. Tp yg berguna buku ni adalah no MT Kat belakang buku. Ni kira macam no id student la.

MT 10236595 tu id student. Tp no bukan saya punya

No ni wajib bagi kat cikgu untuk pendaftaran exam ke, kelas memandu nanti ke. Senang cakap,yang ni pun kena hafal. Penat lah saya. Mana ada saya hafal pun. Saya Baca je. Sekejap², nak hafal otak dah tepu. Lama dah tinggal dunia student ni..

Ok lah.. nak rehat pulak. Doakan supaya dipermudahkan segala urusan ye.. :) 

9 ulasan :

QasehnyaRania berkata...

wah mmg lain kan..lama dah ambil lesen.tak ingt

Aisy Nasiha berkata...

Good luck untuk esok ya.. insyaAllah lulus dengan cemerlang tu. Sekarang macam ni prosedurnya ya.. agak payah rasanya berbanding dulu.. eh rasa tua pulak, bila ya akak amik ujian lesen memandu ni? Rasanya 14 tahun yang lalu.. oo cepatnya masa berlalu...

Syahida berkata...

Salam, macamana exam dik? ok?

dah start kelas praktikal memandu ke belom ni?

iryantyismail berkata...

gooe luck sya..mudahan lulus..boleh lah raya berjalan umah akak..hehehe

Unknown berkata...

good luck and all the best. hehe

Puan Kutu berkata...

Ohh mmg totally tak sama macam dulu ekk. Bab hafal2 ni akk pun lemau sikit. Huhu

Unknown berkata...

hehe dah xsama cam dulu...

Maria Firdz berkata...

Rajinnya... Ooo.. Silibus dh berubh rupanya ya..

Cik Rose berkata...

Ros pun belum ada lesen