nuffnang

Jumaat, 2 Januari 2015

Batu karang

Hari tu masa sakit, saya dah jumpa doktor. Doktor kena kencing kotor. Lepas dah ambil ubat dalam 5 hari termasuk antibiotik, saya rasa masih sakit especially kat bahagian pinggang. Masa ni satu je dalam fikiran saya, janganlah jadi masalah buah pinggang ke apa. Sebab saya tau masalah saya tu dah agak teruk. Puncanya susah nak minum air. Sehari nak dapat 500ml pun payah. Punya lah teruk kan?


Bila sakit tu tak ok juga, saya pergi klinik sekali lagi. Cek air kencing lagi. Surprise!  Doktor kata kuman dalam tu dah tak ada.  Cuma mungkin sakit tu sebab ada batu karang!  Aduhai.. Masa dengar tu macam nak nangis pun ada. Tak sangat masa tu. Fikir macam² dah. Sekali doktor kata mungkin baru nak jadi. Bila doktor kata gitu, lega lah sikit.

Saya dapat ubat untuk hancurkan batu tu dengan natural kan air kencing. Tapi baru je makan berapa biji, ubat tu hilang. Saya agak adik saya terbuang. Aiseh.. Mujur lah saya dah tak sakit.  Kalau X, kena ambil balik ubat.  Dah la teruk rasanya. Dah lama makan pun boleh rasa lagi ubat tu. Padahal softgel. Patutnya tak rasa apa².. Yang tinggal ural ni aje lah..



Apa pun saya bersyukur sebab di beri kesembuhan. Saya tak tahu lah nak kata kalau sakit saya berlarutan. Apa nak jadi kat Aniq.. Kesian sangat dia. Hubby pun tak terjaga.

Sekarang ni saya usahakan minum banyak air. Sebanyak yang saya mampu. Masih tak dapat lah nak 2 liter sehari tu, tapi saya usaha seboleh yang mampu. Vco pun dah start makan semula walau ada juga yang miss sebab malas &  lupa..  Ada lagi nak malas eh sya? Adoi.. Tak faham.. :(

10 ulasan :

no more love u in my life berkata...

jge kesihatan kak...mcm sy sehari 2 btol besar hbis,,,sy peminat tegar air masak so x jd mslh sgt nk minum just pelik sbb bibir selalu merekah....

Cik Rose berkata...

Alhamdulillah dah sembuh.. Jaga kesihatan baik baik ;)

iryantyismail berkata...

alahai cian dia...amalkan minum air barli suam...insyallah...

Maria Firdz berkata...

sy pun jenis ssh nk minum air kosong... sy gntikan dgn jus buah,,,,

QasehnyaRania berkata...

kuatkan diri dn tanam azam 2015 nk minm air putih bnyk byk k
in shaa Allah baik baik aja nti

Unknown berkata...

Untunglah suka minum air.. Kena pakai lip balm tu supaya X kering.

Unknown berkata...

Insya Allah.. :)

Unknown berkata...

X sempat nak buat pun, sakit dah hilang. Kalau X sakit ni mmg payah nak minum benda² ni.. Haha

Unknown berkata...

Aah.. Jus buah ok.. Janji xde gula

Unknown berkata...

Betul tu cik su.. Azam tahun baru lah kot.. Haha