nuffnang

Isnin, 9 Disember 2013

10 Tanda anda Hamil

Okeyh, ni entry copy paste, khusus untuk kawan saya, wani. Selalu tanya saya tanda-tanda orang mengandung. Tanda-tanda kat bawah ni tak semua orang dapat. Ada yang tak merasa pun. Ada juga yang ada tanda-tanda, tapi tak mengandung pun. Macam yang no 1 tu, yang tak mengandung macam saya ni pun rasa.. Laporr je memanjang..Lagi2 time hujan ni..hahaha

Selalunya orang yang sangat perihatin pasal badan dia akan dapat kesan perubahan pada badan dia, kalau ada something tak kena. Tapi kebanyakan perempuan tak perasan pun dorang mengandung sehinggalah janin yang terbentuk melekat kat dinding rahim. Walaupun janin dah melekat kat dinding rahim, masih juga ada yang tak perasan sampailah dah lewat tarikh period baru dapat tau.

Kat bawah ni ada 10 tanda yang korang dah mengandung. Tapi kalau ada tanda tapi tak mengandung jugak, saya tak pastilah pulaknye yerr..

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Selalunya orang tak mengandung pun rasa lapar jugak tapi kalau korang mengandung, rasa lapar tu akan lebih kerap. Tapi janganlah bergantung sepenuhnya pada tanda ni ye.  so, korang kena perhatikan jugalah tanda2 lain.

2. Perubahan warna pada sekeliling payudara.

Sekiranya areola menjadi kehitaman, kemungkinan korang dah pun mengandung. Mungkin dah beberapa minggu. Tapi mungkin jugak terjadi disebabkan oleh hormon yang tak berkaitan pun dengan kehamilan. mungkin juga disebabkan kehamilan yang lepas.

3. Kerap buang air kecil

Tanda ni biasanya terjadi kalau kandungan korang dah besarla. Biasanya dah beberapa bulan. Tapi ada juga yang dapat rasa awal. Macam saya dulu dah masuk trimester akhir barulah rasa. Tapi kalau korang memang rajin minum air, tu tak pelikla,memang korang asyik buang air walau tak mengandung ye..

4. Rasa letih & tak bermaya

Masa mengandung, hormon yang dikeluarkan buat kita cepat rasa letih. And kadang2 buat kita rasa malas. Lagi2 kalau masa awal2 mengandung, rasa nak bermalas-malas je. Tapi ada juag yang rajin terlebih,macam acu saya. Tiap kali mengandung,rajinnya memang lebih. Macam2 nak buat.

5. Sakit & tegang pada buah dada

Sakit pada payudara memang akan berlaku kalau korang mengandung, sebab masa ni la badan tengah prepare nak sediakan susu untuk anak kita nanti. Sakit ni agak serupa dengan sakit kalau kita nak period.

6. Pendarahan implantasi & senak pada ari-ari

lebih kurang seminggu selepasa ovulasi, korang mungkin akan alami sikit pendarahan dari faraj dan rasa senak pada ari-ari akibat implantasi. Tak salah, rasa sakit ni lebih kurang macam hari2 yang awal kita nak period.

7. Loya & muntah

Ada orang yang langsung tak ada morning sickness sepanjang masa mengandung. Ada juga yang berlarutan sampai sembilan bulan. Ada yang baru beberapa hari mengandung pun dah rasa. Tapi selalunya, morning sickness menyerang lepas 6-8 minggu korang hamil.

8. Suhu badan panas berpanjangan

Kalau korang rajin ambil suhu badan setiap pagi, korang akan perasan paras suhu badan secara konsisten melebihi paras suhu badan yang biasa.

9.tak datang bulan.

Ni bukan encik bulan macam shinchan cakap tu ye. Ni datang bulan orang perempuan..hehehe..Kalu selalunya haid korang teratur je, tetibe sekarang dah lewat beberapa hari, nilah masa untuk korang buat ujian kehamilan..

10. pregnant test yang positif

Kalau korang dah beberapa hari lambat datang bulan, and terdapat dua jalur pada pregnant test korang, cepat2 lah jumpa doktor untuk kepastian. kemungkinan besar korang dah pun mengandung.


Kesemua kat atas ni adalah tanda-tanda biasa yang terjadi pada orang2 yang mengandung. tapi kalau korang ada banyak gejala yang macam kat atas ni, tapi korang tak mengandung pun, eloklah korang jumpa doktor untuk pastikan apa sebenarnya. Sebab kadang2 ada masalah rahim seperti fibroid dan sebagainya yang simptomnya sama dengan orang yang mengandung.



2 ulasan :

QasehnyaRania berkata...

Thanks share
njoy j bca.hihi

Sya Nadia berkata...

trima kasih sudi baca.. entry salin2 aje ni.. :)