Keadaan banjir kat pantai timur makin teruk sekarang. Di Kemaman, rumah adik saya dah naik air sampai paras lutut (setakat malam tadi). Kesian kat dia. Katanya air dah mula naik dah dua hari, tapi langsung tak ada bantuan dari mana2 atau sape2 datang menjenguk. Kami risaukan anak2 dia. Anak dia masih kecik, sorang baru umur 3 tahun, sorang lagi baby umur 11 bulan.
Malam tadi last dia hubungi ummy saya, dia cakap dah pindah rumah adik ipar dia. Tapi orang dalam rumah tu ramai. Ada adik beradik biras dia, mak biras dia. Penuh rumah, elektrik and bekalan air pun dah terputus. hari ni saya cuba hubungi adik saya tapi dah tak dapat. Semua nombor dah tak dapat berhubung. Kami semua risau sangat2.
Banjir kali ni antara yang teruk juga. Bandar Kuantan terus lumpuh. Kami nak balik kampung Temerloh pun mungkin terpaksa ditangguhkan.Tak dapat la jumpa abang ipar saya yang duduk di UK tu, kebetulan balik sekejap ni.
Dalam kami semua kerisauan tentang keselamatan keluarga, ada pulak yang saja menaikkan api kemarahan. Ayat2 perli, caci maki sengaja dilemparkan. Tak faham kenapa jadi macam tu. Sedih and marah betul saya. Betapa tak ada hati perasaan la manusia2 ni semua.
Marah sangat, tapi tak mampu nak buat apa2. Apalah manusia aneh tu fikir sebenarnya pun tak tau. Harap cepat2 sedarlah dorang2 yang sengal tu. Jangan sampai kena kat diri sendiri, kena kat family baru nak mintak ampun. Ramai orang yang sakit hati dengan dia, macam mana nak mintak maaf? Itulah buat sesuatu tak fikir baik buruk.
Pada mangsa banjir yang lain, harapnya korang pun bersabar ye. Biarkan je apa orang nak cakap. Anggaplah ini semua ujian Allah. Kami sentiasa mendoakan keselamatan korang semua. Semoga semua ini akan berakhir dengan cepat. Amin...

Tiada ulasan :
Catat Ulasan