Alhamdulillah...Aniq dah masuk umur 6 bulan. Rasa terharu pun ada, hubby cakap rasa macam baru je dia lahir. rasa macam baru je tengok dia belajar guling2kan badan. Sekarang dah nak berdiri pula. Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Anak kecik ni semakin membesar.
Timbang kat klinik tadi tengok2 dia naik 400gm aje. Alahai...masih lagi kuning graf dia. Tak boleh nak kata apa lah, memang lahir kecik. Just 2.6 kg masa lahir. Cuma dah besar ni nurse harapkan dapat la naik lebih lagi. Mujur juga naik, kalau tak naik langsung, lagi lah haru. Mesti merah dah.
Memandangkan Aniq dah 6 bulan, maknanya Aniq dah boleh mulakan makanan pejal. Nak bagi apa? Ada orang bagi nestum baby je. Ada juga yg hampeh sikit, bagi bubur nasi, tapi yg instant tu. *saya pernah jumpa ibu macam ni, malas nak masak katanya*. Masalahnya, dalam bubur nasi instant tu ada MSG. Hurmm..nak jadi ibu kena la rajin. So, dari awal2 saya dah rendam beras nak buat bubur. *terpaksa rendam dulu sebab blander rosak*
Malam ni jadi sejarah. Aniq 1st time dapat makanan yang tak pernah dia makan. Masa suap tu, terkebil2 dia. Haha..nak tergelak saya tengok. Macam susah je dia nak telan. Selama ni memang Aniq tak berapa berminat dengan makanan pun. Kalau bagi, dia buang je, tak pernah masuk mulut. So, bila kena telan, tu agak pelik bagi dia agaknya.
Tapi bila masuk suapan ketiga, Aniq dah rasa selesa sikit. Boleh dah nak suap banyak sikit.Alhamdulillah,habis satu mangkuk Aniq makan. Saya ambik 2 sudu makan je. Try tengok dia ok ke tak.lepas ni boleh la cuba bagi dia makan benda2 lain pulak macam puree kentang ke apa2 la yg dirasakan logik.Saya kecik2 dulu tak suka makan, pening ummy saya sampaikan kacang hijau pun dibaginya..hahaha harap Aniq tak jadi memilih macam saya la ye..
|
macam tak nak buka mulut je dia
|
|
saya buat sikit je, nak tengok dia makan ke tak
|
|
Alhamdulillah..habis pun makan :) |
4 ulasan :
mesti dia rasa sedap tu, tu yg dia suka.. habis satu mangkuk.. hehe
Wah...dah mula makan...sedap nampaknya.. aniq makan banyak2 ye.. esok lusa makan yg lain pula.. try pelbagai rasa..
moga Aniq membesar dengan sihat :)
dah mula makan mmg teruja nak bagi macam2..anak sy afia nak mula bg protein dh..bulan depan dh 8bulan..mula2 sy start ngan puri buah n sayur,pastu 7mth baru bg bubur nasi..
apa pun dh bagus kita tak malas bg anak nestum..huhu
semoga aniq tak ikut perangai maknya tak suka makan..hehe
Catat Ulasan