nuffnang

Sabtu, 27 Disember 2014

Kencing kotor

Saya demam dah banyak hari. Awalnya cuma rasa sakit pada bahagian pinggang sebelah kiri. Tiba² sakit tu berjangkit ke sebelah kanan. Saya dah tak sedap hati, saya pergilah klinik.

Ye, macam yang saya jangka, saya kena kencing kotor. Agak teruk kali ni. Memandangkan selalunya kencing kotor ni kena pada orang mengandung, doktor pun buat pregnant test sekali. Sekali negatif da.. Ok.. Yang part tak best, kuman yang ada tu agak teruk. Doktor bekalkan antibiotics untuk seminggu, tapi lepas seminggu saya kena datang lagi untuk check. Kalau belum ok lagi, kena lagi makan antibiotik.


Ni 3 jenis ubat yang kena makan. Antibiotic, tahan sakit &  lawas kencing 


Saya ada tanya pada doktor punca kenapa kena kencing kotor. So, jawapan doktor, kurang minum air, jangkitan kuman dari keputihan &  ada lagi lah.. Lupa dah.. Haha.. Pasal kurang minum air tu kan, memang kena lah kat saya. Susah sangat nak minum air putih. Kalau minum yang manis, lagilah bertambah buruk sakit tu sebab air kencing memekat. Lagi susah nak keluar, lepas tu kuman pun bertambah dengan banyaknya. Ish.. Takut giler.

Antara simptom yang saya kena tu, mula² sakit belakang, sakit bahagian pinggang. Pastu rasa sakit bila buang air kecil. Bila rasa nak membuang je, yang keluar tak banyak pun. Tapi rasa macam nak kencing lagi. Seksa yang amat. Lepas tu boleh jadi sampai demam &  menggigil juga. Menggigil dengan sangat teruk. Satu badan menggigil sampai jadi kebas dari kepala sampai kaki. Punya lah teruk, sampai saya rasa hilang ingatan kejap. Saya tak ingat apa² pun. Bila nak ingat, jadi sakit kepala.. Hubby yang terpaksa kerja terpaksa balik sekejap² tengok saya &  Aniq. Huhu.. Kesian Aniq. Tak ada siapa nak jaga dia. Selalu kalau mummy sakit, abahnya bawa Aniq masuk site. Tapi sekarang kan musim hujan, macam mana nak bawa..

Alhamdulillah, malam ni dah ok sikit. Dapatlah berjalan &  update blog. Dapat juga blogwalking pada 4,5 blog lepas bercuti blogwalking beberapa hari. Harap² esok lusa sihatlah saya ni. Tak sanggup tengok Aniq yang kena bawa diri sendiri. Mummy memang tak larat sayang. Malam ni lah, baru dapat main² dengan dia.. Sedih tau..

Dah alang² cerita pasal kencing kotor ni, saya kongsi sikitlah apa doktor pesan untuk elak terkena kencing kotor.

- kerap minum air putih. Bila banyak minum, rasa nak buang pulak, jangan tahan. Buang je.
-jaga kebersihan bahagian intim tu. Perempuan sangat mudah kena berbanding lelaki. Jadi, kena jaga lebih, ok?
-bila dah buang air, jangan cuci dari belakang ke depan. Ini untuk elakkan bakteria dari sana tak merebak ke depan pulak.

Bila dah kena atau pun tak nak kena, kena minum air putih banyak². Fuh.. Mencabar betul bagi saya yang dari kecik susah nak minum air walaupun air manis. Tak apalah, paksa lagi.

Korang² pun kena jaga ye. Perempuan sangat mudah kena sakit ni. Kalau dah rasa terkena tu cepat² ambil ubat, sebab kalau kuman tu dah merebak ke buah pinggang lagi bahaya. Ibu mengandung pun kena ambil serius, sebab takut baby boleh kena jangkitan juga.. 

6 ulasan :

Unknown berkata...

ha bab minum air tu.. sama lah kita. dah knpe ntah liat sgt nak minum..

Maria Firdz berkata...

mmg kena jaga betul2... tambah pmpuan kan... kena byk minum air.. huhu... nk disiplin tu yg mencabar tu..

Puan Kutu berkata...

so jangan malas minum air kosong tau syaz..takut melarat pulak sakitnya..doktor dh bagi antibiotik tu..ikut nasihat doktor..semoga cepat sembuh..

poor aniq..:)

Unknown berkata...

huii sakit tu kencing kotor.. merasa dah dulu2.. mmg kena minum air banyak2..

Aisy Nasiha berkata...

Ooo ini yang syaz kata tak sihat hari tu ya. Harapnya dah baik ya.. akak pernah kena sekali. Mmg seksa la. Akak amalkan minum air barli..cepat baik.

Pha Is berkata...

saya pun pernah kena. mulanya doktor diagnose UTI (urinary tract infection). jangkitan kuman kat bahagian saluran kencing. doktor bagi ubat macam tu jugak. tahan sakit, antibiotic, dan ubat lawas kencing. tapi tak sembuh2 jugak. last2 buat ultrasound. rupanya ada batu karang kat buah pinggang. sampai skrg kena pi jumpa doktor pakar setiap 6 bulan..

kalau sakit tak hilang2, try buat ultrasound. kita mintak simpang, mintak dijauhkan, tapi kalau berlarutan, kena jaga.. :)