nuffnang

Rabu, 22 April 2015

peninglah..

Salam.. hi..

Hari jumaat pagi kitorang akan fly ke negara gajah putih aka thailand. Nak lagi tepat, nak pergi Bangkok. Saya belum lagi teruja rasa nak melancong ni. Sekarang lebih pada rasa malas nak mengemas. Punyalah malas sampai blog pun lambat update.. hehe.. apa punya alasan lah kan.. ampuunnnn...

Eh, tapi memang betullah. Sebenarnya malas campur pening. Apa nak bawa pergi sana. Takut dah bawa nanti rupanya tak guna pun. Yang nak guna tinggal pulak. Hurm.. letih weyh macam tu..

Esok petang dah nak gerak ke rumah abang izam kat nilai. Tapi barang baru sikit je saya kemas. Serius tak tau nak bawa apa. Hubby pun tak tau apa aktiviti Kat sana nanti. Punyalah pening fikir sampai jadi malas nak buat apa²..haha..teror tak saya? Gitu sekali alasan pemalasnya tu..wahaha..

Biasanya kalau balik kampung walau sehari, saya akan bawa beg bagasi besar. Segala benda sumbat dalam tu. Macam nak bercuti seminggu kat kampung. Ni nak pergi 3 hari, saya rasa saya kena bawa 3 beg bagasi besar baru saya puas hati..hehe.. seriously, blur sangat sekarang ni. Malam ni saya tak ke kedai burger , kononnya nak mengemas. Tapi tak buat apa sebab tak tau lah. Sape ada perangai pelik macam saya ni. Ke saya sorang je yang memang pelik? Hahaha..

Kebetulan pulak ni, Aniq tak berapa sihat. Selsema pulak dia. Saya agak dari masa kat resort ari tu punya kes. Asyik berendam aje. Kat villa main swimming pool , kat water world pun main air dari petang nak ke malam. Mana tak jadi selsema nya kan..  setakat ni saya tak bagi ubat pun Kat dia. Saya sebolehnya nak elak ubat dari bagi Aniq. Dulu dia demam & selesema pun saya tak bagi ubat. Alhamdulillah ok.. cuma ambil masa sikitlah. Tapi kalau esok masih tak ok, saya kena bagi ubatlah. Kang nak fly nanti payah bila anak demam.. tak pasal tak boleh pergi.. Doakan kesihatan untuk Aniq ye auntie sekalian. Doakan juga kami selamat pergi and selamat balik.. risau pulak rasa hati ni...

7 ulasan :

iryantyismail berkata...

cian anak soleh..mudahan anak soleh cepat sembuh....amin...dan semoga pjalanan sya sekeluarga selamat pi dan balik..amin

Puan Kutu berkata...

jangan malas2 kemas! Afia pun kena selsema ni..sama macam aniq..semoiga aniq cepat sembuh..baru syok nak holiday

Unknown berkata...

jangan malas2 sya..nnt banyak benda lupa nakbawa.paling penting ubat demam selsema aniq jgn lupa bawa incase jadi apa2..

moga selamat pergi n balik ye

Cik Rose berkata...

Moga Aniq cepat sembuh

Pha Is berkata...

selamat melancong

Faiz Zakaria berkata...

smoga aniq cepat sembuh dan selamat pergi dan kembali dari tanah gajah putih..

Aisy Nasiha berkata...

Wah.. sekarang ada kat Thailand la ye.. selamat bercuti..