nuffnang

Jumaat, 20 Disember 2013

Bumbo Seat dari UK

Yaumul Jumu'ah, Yaumul Barokah, Sayyidul ayyam, Eiddul Muslimin..

Salam Jumaat semua~

Hari ni tak ada lah apa2 yang istimewa sangat pun, cuma rasa seronok sikit sebab my hubby boleh balik awal sikit and rehat lama sikit kat rumah.. Dah tentu2 bukan saya je suka my hubby kat rumah, Aniq pun suka.

 Aniq kalau nampak abah dia memang dia seronok.. Mulalah nak memanjat abah dia. Tapi selalu tak boleh sebab mummy tak bagi. So, dia nak try menda lain untuk panjat, kitorang jadi risau pulak. bukan apa, dah banyak kali jatuh. Kadang2 tak perasan pun dia dah panjat, tau2 dah jatuh. Malam tadi pun jatuh lagi,di panjatnya meja Tv. Tak sempat sambut, kepala dah kat lantai pun. Menangis sampai merah muka. Mummy pun mula la nak nangis jugak.

Mujur masa Aniq 2 bulan dulu, dapat parcel dari adik ipar yang duduk kat Uk. Dah agak ada barang baby sebab katanya untuk Aniq. Punyalah besar parcel, ingatkan baju banyak sangat,sekali bukan daa...semua jadi tercengang. Apa benda ni?? Macam potty train je..hahaha Tapi nampak lain. tengok balik gambar kat kotak..Owhhh..kerusi rupanya.. Bumbo seat namanya..hehehe.. kitorang tak pernah tengok menda tu, gelakkan diri sendiri ajela..Try search kat internet harga kerusi ni, makk oiii...mahalnya.. paling murah harga Rm100, itupun 2nd hand dah...Fuh..nasib baik dapat free..

Memandangkan masa tu Aniq baru umur 2 bulan macam tu, masih belum sesuai untuk dia. Memang kerusi tu support belakang, tapi badan Aniq kecik, bila letak dalam tu, terus senget ke tepi.. Masa umur 3 bulan pun try lagi. Sama jugak, belum boleh guna. Dah 4 bulan baru dia dapat duduk, tapi dia masih belum pandai duduk sangat, jadi kena sentiasa tengok dia.

Sekarang dah 5 bulan lebih, dah boleh duduk dalam tu. Hahaha.. Seronok tak ingat mak bapak dia. Suka tengok dia duduk dalam tu, tapi Aniq TAK SUKA... Mula2 dia ok lah, lama2 dia mulalah nak merengek. Bosan duduk je, bukan boleh buat apa.  Last2 biarkan aje dia duduk kat bawah,cuma kalau saya nak masak ke buat kerja ke, tak ada sapa nak tengok dia, barulah dudukkan dalam bumbo seat tu.

Aniq sebenarnya suka sangat ada bumbo seat ni, tapi bukan untuk duduklah. Bumbo seat ni dia guna untuk praktis memanjat. geram aje tengoknya.




tengok...dah macam nak buat iklan je dia tu.. Aniq.. Aniq..nak tolong makcu jual jumbo seat pulak ke syg??? hahaha.. Ini sebenarnya ada tray, tapi tak pasang, Aniq tak suka. Tak pe, time makan nanti boleh pasang.. :)

9 ulasan :

msredcheesecake berkata...

HAPPY SUNGGUH NAMPANYA LITTLE ANIQ DPT KERUSI TU...HHEE

Aisy Nasiha berkata...

Wah..bestnya tu aniq daapt hadiah yg best..senyum lebar dia main dengan kerusi tu...

Unknown berkata...

amboi, seronoknya dia.. senyum lebar nampak gusi.. hehe

QasehnyaRania berkata...

ya Allah senyuman nya bikin ciksu geram la sya

Unknown berkata...

Aniq kalu seronok mcm tu la dia..kalau boleh nak lompat2 lagi..

Fiza Rahman berkata...

Comelnya ☺

Puan Kutu berkata...

mmg mahal bumbo seat ni..ikut perkembangan baby jugak,klu dh boleh duduk tu baru boleh letak dalam ni..biasanya biar la 6bulan keatas,baby dh keras sikit,lgpun seat ni mmg utk letak supaya sng bagi makan..

anak sy afia 6 bulan pun tak berapa keras sangat duduknya..dh 7 bulan baru ok sikit

Puan Kutu berkata...

eh lupa nak komen..aniq comel..:)

Unknown berkata...

baby aniq cute sgt ;)