nuffnang

Jumaat, 3 April 2015

ais krim goreng.. best..!!

Semalam sibuk nak cari barang nak masak. Dah alang-alang sampai pasaraya , adik nak cari ais krim lama tak makan katanya. Saya pun ok je.boleh lah saya  buat ais krim goreng. Lama dah tak makan . rindu pulak. Nak beli yang dah siap tu, rasa macam mahal pulak. Sekotak ada 6 biji je. Kalau buat sendiri, dapat lah dalam 8 or 9 biji. Walaupun kos buat dengan beli tak jauh beza, tetap juga nak buat. Baki roti boleh buat bread crumb ke bingka ke.. (walau daku tak pandai buat bingka, nak cerita jugak..haha)

Lepas dah pusing-pusing cari barang, cepat-cepat ambil roti, ambi ais krim, p bayar. Lambat nanti ais krim cair. Fuhh..dah tak sabar nk makan ni.. dalam otw balik, Nampak banyak kereta pilos, kereta AADK, ada truk polis, JPJ. Senang cakap semua ada lah. Rupanya ada road block. Nak tahan penagih dadah. Faham-faham ajelah, sini dekat dengan felda kan.. banyak penagih..hurm.. kawan adik, dia nak balik keratong, kena tahan buat urine test. Alhamdulillah lepas. Tapi bebudak ni memang tak de ambil benda haram tu pun..

Ok, balik semula pasal ais krim goring.. eh.. korang.. nak buat sendiri punyalah senang.. boleh buat. Simple sangat. Nanti saya bagi tau k.. ni untuk yang tak tau. Yang dah tau, sila diam..hahaha


Sampai rumah, ambil pinggan 2. Ambil sudu, cawan. Tu je barang nak guna. Cara nak buat, ambil je sekeping roti, letak ais krim atas roti tu. Pastikan ais krim tak banyak sangat eh. Nanti kita tekap dengan cawan, jadi pecah roti.. dah tak boleh nak goring.  Next step, dah letak ais krim, letak 1 lagi lapisan roti atas ais krim tu. Dah letak, ambil cawan, tekapkan mulut cawan atas roti tadi. Pastikan ais krim betul-betul muat dalam cawan eh.. lepas tu, tekan cawan sampai putus roti tu. Kemudian, ambil roti tadi, perhatikan kelim yang kita buat guna cawan tadi. Kalau tak kemas, ada yang terbuka, kelipkan balik guna tangan je.  Dah siap semua, panaskan minyak ye. Dah betul-betul panas, celupak dalam minyak. Bila dah Nampak warna gold tu, silalah angkat. Dah boleh makan.. jangan biar lama-lama eh.. nanti cair ais krim korang tu..terus makan je..best.


Serius sedap tau makan petang-petang. Lepas husband sampai rumah,  terus goreng..makan sama-sama..syok oo..

16 ulasan :

Unknown berkata...

lg syok buat sendiri kan? beli rasa mcm tak berbaloi plak. hehe

Unknown berkata...

sedapp! sejukje tekak memakannya..nyumm

Pha Is berkata...

bleh try lepas ni..

Puan Kutu berkata...

baru dua kali buat,leceh sikit,cepat cair.haha

Puan Kutu berkata...

baru dua kali buat,leceh sikit,cepat cair.haha

Puan Kutu berkata...

Sedap mmg Sedap,tapi nk buat tu leceh byk.huhu

iryantyismail berkata...

belum pernah buat..boleh cuba nie :-))

QasehnyaRania berkata...

lama dah x buat
betul tu bli dpt sikit yg pntng kepuasan nk buat sndiri tu kan
ciksu tunggu rania besar sikit nk buat utk dia pulak.nk bg rasa. hihi

PERMATABIRU berkata...

SEDAPNYA KALAU DAPAT MAKAN TIME PANAS2 NIE..

Unknown berkata...

@Aisya A. tau x pe..syok sikit, boleh pilih Perisa apa kita nak..

Unknown berkata...

@azizah green line betul tu Jijah..musim musimpanas ni sesuai Sgt lah

Unknown berkata...

@Pha Is mesti try ni pha is.. senang Sgt

Unknown berkata...

@Puan Kutu aah..tp kalau beli ais krim Mahal tu x cepat cair kak.. Sya pernah try da sblm ni..hehe

Unknown berkata...

@iryanty ahamad akk..benda simple ni kena try..lepas tu boleh lah hantar Kat.muadzam ye..hehe

Unknown berkata...

@QasehnyaRania nanti boleh ajak rania buat sama²

Unknown berkata...

@Permatabiru panas Kat dalam, sejuk Kat luar mcm iklan Kat tv tu.kan...best giler..haha